Thursday, January 28, 2010 0 comments

Jodoh yang sekufu..

sekadar copy n paste.....

Alia terus sahaja berborak didalam komputer. Kadang-kadang dengan budak Mesir, Cairo, Pakistan, Kaherah, Budak tahfiz dan juga kolej Islam tempatan. Sememangnya chatting adalah salah satu yang sangat popular dalam internet. Sebab itu Alia tidak melepaskan peluang untuk menggunakan sepenuhnya CC yang berdekatan dengan tempatnya belajar, Biasanya channel surau menjadi pilihannya. Alia adalah seorang pelajar tahun 3 di UUM, berumur 21 dan mengambil jurusan perakaunan. Dia juga seorang pelajar yang mempunyai kefahaman Islam yang mendalam dan cemerlang dalam pelajarannya..

Dapat aja budak dari Timur Tengah atau popular dengan nama ardhu khinanah, maka mulalah Alia mengeluarkan butir-butir kata yang selalu didengar atau didapatinya dari usrah, ceramah ataupun tazkirah disurau di universitinya. Persis seorang ustazah. Selalunya Alia akan menggunakan nick Raudahtul Jannah kerana Alia mengharapkan chatting itu akan dapat dimanfaatkan untuk menjadi tempat mencari ilmu yakni majlis ilmu.

Bukankah ada sabda hadrat Rasulullah saw kepada para sahabat r. a bahawa majlis ilmu itu adalah salah satu taman disyurga. Jadi sebab itulah Alia menggunakan nick Raudahtul Jannah yang bermaksud taman di syurga. Ramai juga yang mendapat alamat email Alia. Ada yang memang minta dan ada juga yang sengaja diberi oleh Alia. Mudah-mudahan mereka boleh memberi nasihat atau tazkirah kepadanya melalui email. Dan kemudian bolehlah Alia menyampaikan apa yang diperolehinya melalui emailnya kepada anak2 usrahnya sesuai dgn hadis hadrat Nabi saw mafhumnya; Sampaikan dariku walau sepotong ayat...

Penuhlah ruang emailnya dengan email dari pelajar2 dari Al-Azhar, Yaman, Pakistan, Sudan, dan dari Malaysia sendiri. Semuanya pelajar bidang agama dan beberapanya adalah dari sekolah tahfiz dan seorang pelajar Shoubra di Mesir yang mana disitu adalah tempat pelajar yang menghafal Quran.

Arif Alimun yang berasal dari Selangor adalah satu-satunya pelajar Shoubra yang turut memberi respon kepada email Alia. Berumur 25 tahun dan alhamdulillah telah menghafal 30 juzuk dari Al-Quran. Kesopanan bahasa Alia yang berbentuk nasihat dalam emailnya telah mendorong Arif Alimun untuk meluahkan rasa hatinya terhadap Alia. Sebenarnya sudah menjadi kebiasaan bagi Alia untuk menulis dalam bentuk motivasi dan nasihat kerana dia adalah salah seorang naqibah di Universitinya.

Alia amat bersyukur kerana ditemukan dengan lelaki seperti yang selalu didoakannya selama ini setiap kali selepas solat. Lelaki yang berilmu , beriman, beramal dan melibatkan diri dalam gerakan jemaah Islam agar dapat membimbing dirinya agar menjadi wanita solehah dan istiqamah sebagai sayap kiri perjuangan. Mudah-mudahan dia memperolehi kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Lebih menggembirakan Arif Alimun adalah seorang Al-Hafiz Quran. Tidak sudah-sudah Alia membuat sujud syukur.

Proses demi proses telah pun berlalu. Mula-mula bertaaruf dengan lebih lanjut, menghantar gambar dan kemudian proses akhir istikharah untuk menentukan samada bolehkah perhubungan ini diteruskan. Keesokkan harinya dengan penuh rasa tidak sabar bercampur gembira Alia membuka emailnya. Hari ini Arif Alimun hendak memberitahu keputusan istikharahnya. Keputusan Alia sudah positif. Tetapi keputusan istikharah Alia bukanlah diperolehi melalui mimpi tetapi melalui gerak hatinya yang mempunyai keyakinan kuat bahawa jodohnya adalah dengan Arif Alimun. Lagipun kalau ikut Islam jika hanya ada seorang sahaja lelaki yang approach kita dan lelaki itu adalah lelaki mukmin maka haruslah diterima, tidak perlu istikharah pun tak mengapa.

Kerana istikharah itu sebenarnya untuk mereka yang didalam dilemma. Mempunyai dua pilihan yang kedua-duanya mukmin dan tidak tahu hendak memilih antara keduanya; (Maka tatkala itulah memerlukan pertolongan petunjuk dari Allah yang mana satu membawa akibat baik bagi diri, agama dan kehidupan pada masa sekarang dan masa akan datang..) bisik Alia kepada hatinya.

Namun email hari itu sedikit menghampakan Alia kerana Arif Alimun tidak memberikan jawapan istikharahnya. Tulisnya dalam email itu ;Belum dapat apa-apa petanda. Setiap kali membalas email Arif Alimun, Alia akan bertanya keputusan istikharah Arif Alimun namun setiap kali itu jugalah dia akan menerima ayat Quran atau hadis hadrat Nabi saw yang menyatakan tentang kelebihan bersabar..

Masuk bulan ini sudah hampir 9 bulan Alia meneruskan hubungannya dengan Arif Alimun. Dan dalam tempoh itu mereka sering berbalas email dan Arif Alimun pernah menelefonnya dari Mesir. Bunga-bunga kecintaan mereka semakin mekar dan berkembang. Tidak sabar Alia hendak menunggu kepulangan Arif Alimun dari Mesir. Dan bulan depan Arif Alimun akan pulang ke Malaysia. Keputusan jayyid yang diterimanya telah melayakkan dia untuk pulang ke tanah air.

Hari ini Arif Alimun yang berada dirumahnya di Banting menelefon Alia yang pada masa itu berada dirumahnya di bangi. Kebetulan UUM pada masa itu cuti. Belum pun sempat Alia menanyakan apa-apa, Arif Alimun telah memotong percakapannya. Dengan penuh tenang Arif Alimun telah menyatakan sesuatu yang Alia tunggu selama ini, namun isi kandungannya tidaklah seperti yang diharapkan oleh Alia selama ini.

Alia... Arif Alimun menarik nafas panjang... maafkan abang.. jawapannya nagatif Alia. Sebenarnya semasa abang di Shoubra dulu abang telah memperolehi jawapan negatif tetapi abang masih lagi berdoa agar jodoh kita sampai. Namun petunjuk yang diperolehi bertambah keruh.. Alia.. tidak ada siapa yang dapat mengubah takdir Allah.. InsyaAllah nanti mungkin akan ada seorang lelaki yang lebih baik dari abang yang akan memenuhi ruang hati Alia. Itulah doa abang utk Alia.. Sampaikan salam abang kepada emak dan ayah Alia dgn lafaz Assalammualaikum.. dan sampaikan juga minta maaf dari abang buat mereka.. Alia .. kita hanya merancang, Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang.

Hancurlah hati seorang yang bernama wanita yang mana sememangnya sifat hati kaum Hawa ini sensitif.. Tewaslah matanya dari menahan air matanya untuk tidak tumpah membasahi pipinya yang licin dan putih melepak itu.. akhirnya Alia pasrah dan redha dengan ketentuan Allah buatnya..

Hari ini rumah kedua orang tua Alia mengadakan walimahtul urus.. Alia akan diijabkabulkan pada pukul 2.00 petang ini dimasjid jamek ditaman rumahnya bersama seorang pemuda yang baru pulang dari United Kingdom. Muhammad Haza Azmi bin Abdullah adalah seorang pelajar jurusan Computer Engineering yang melanjutkan pelajarannya di Oversea. Dahulunya bekas pelajar Univesiti Malaya yang aktif dalam gerakan persatuan jemaah Islam di universitinya...

Alhamdulillah Haza juga istiqamah dan aktif dalam jemaah semasa di United Kingdom. Sekurang-kurangnya Alia masih lagi boleh istiqamah sebagai sayap kiri perjuangan Islam setelah berkahwin dengannya... Lamunan Alia lenyap sejurus sahaja kompang dipalu.. Rombongan pengantin lelaki sudahpun sampai dan sekejap lagi Alia akan ke masjid untuk upacara ijab kabul. Dan dikala itu Alia mengesat air matanya sambil meletak kembali kad jemputan perkahwinan Arif Alimun yang telah berusia setahun lebih itu. Usia kad itu telah mengingatkan Alia akan perkahwinan Arif Alimun dengan seorang muslimat yang baru balik dari Kaherah yang juga seorang Hafizah Al-Quran.. Dan perkahwinan mereka sudah berusia sama dengan kad berwarna merah jambu lembut itu.. Alia mengesat air matanya yang sudah banyak tumpah membasahi pipinya dan telah menghilangkan bedak dipipinya.. Kemudian Alia menyapukan kembali bedak dipipinya. Itu sahaja yang dipakainya kerana Alia tahu akan haramnya tabarruj.

Sewaktu Alia diiringi keluar, dia sudah nampak rombongan yang datang dari jauh.. Kemudian dia mencari-cari wajah bakal suaminya. Tatkala terlihat saja wajah Haza, pada masa itulah Alia sudah membuang jauh semua kenangannya bersama Arif Alimun.... Semuanya... kerana pada saat dan detik itu Hazalah yang memenuhi segenap ruang isi hatinya nalurinya. Dia hendak menjadi isteri yang solehah kepada Haza.. Dia mahu menyintai Haza sepenuhnya sebagai kekasihnya didunia dan diharapkan dapat menjadi perantaraan buat kekasihnya yang kekal abadi yakni Allah Taala..

Tapi Tuhan saja yang tahu sejauh mana kekuatan Alia untuk menolak semua kenangannya sewaktu bersama Arif Alimun.. cinta pertamanya yang mana suatu ketika dahulu dia pernah berharap menjadi pelamin hidupnya.. Semua itu hancur sekelip mata bilamana itulah kehendak Allah terhadap makhluknya... namun Alia pasrah dan redha dengan keputusan Allah buatnya.. Dia yakin ada hikmah disebaliknya... dan dia juga yakin Hazalah yang akan memabwa akibat baik bagi dirinya, agamanya dan kehidupannya pada masa sekarang dan pada masa akan datang..

Alia cuba mengukir sekuntum senyuman pengantin buat Haza.. dia tahu Haza sedang memerhati kearahnya.. Dia mahu memaparkan wajah yang gembira menyambut kehadiran Haza didalam hatinya dgn penuh keikhlasan.. pada masa itu dgn rahmat Allah turun rasa mahabbah yang mendalam dalam dirinya terhadap Haza... Arif Alimun sudah dilupakan tatkala itu dan mungkin untuk selama-lamanya... sebagai isteri solehah, Alia sudah tidak boleh mengingati lelaki lain... Upacara ijab kabul telah berjalan lancar dan kini Alia dan Haza sudah sah sebagai suami isteri.. Tatkala kedua pengantin itu berjalan berpimpinan tangan menuju ke rumah, terdetiklah dihati Alia… memang benarlah kita ini perlu mencari jodoh yang sekufu.....

='(
Tuesday, January 26, 2010 0 comments

open ur eyes..

Open Your Eyes
Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..
Sunday, January 24, 2010 0 comments

Nur Qalby..

music>

Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala

Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Back to Reff:

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah


by:opick

Thursday, January 21, 2010 4 comments

Berbagai cerita~

assalamualaikum wbt..

huu...sdh lama tak update blog sejak aktif ber-buku muka..atau ber-muka buku..(mana2 je la..)
bahaya betul..
ni pun baru habis test Histo. Demimu blog, ku curi jua sedikit waktu..

banyak cerita yang nak diceritakan, tp most of them hilang dibawa waktu..
huhu..
citer mana yang igt je la erk..

tahun ni, diri ini akan genap 20 tahun..huhu, dah besar dh..
tp, rasa macam ribena lagi je...hehe

(hish..xbley2!! kene bljr cara org2 besar plk..nanti nk k_hw_n dh..haha)

tapi, betul la kata seorg Kak Sya, roomate 1st year ari tu..
makin besar, makin byk mslh...

(masa tu saya 18 thun bru. tak mengerti..kenapa bnda yang kecik, boleh jd mslh besar bila meningkat dewasa..)
ingat lagi, dia cakap..
"takpe, masa ni yen tak faham lagi..tunggu la masa umo mcm Kak Sya, yen akan alami sendiri.."
huuu...masin btul mulut dia..

skrg bukan stkt mslh budak2 ribena, mslh org2 besar pun ade..adeii..
takpe2, masalah mematangkan kite, tak gitu??

Hmm...sem ni tak banyak kredit, tp bz bukan main..huhu
(tp, ade plk masa nk update status.. pelik =p)

Lab kali ni pun menarik. Ada histo dan tissue culture.
ckp psl lab histo, baru ni ada slide preparation untuk connective tissue. sample dia DARAH! huu..masing2 kena buat. tiada kompromi..
(masa kat matriks ari tu pn saya tak buat sbb takut..huhu)
saya pulak jenis takut jarum, 2-3 org jgk la pegang sy masa nak kena cucuk tu.. bergenang jugak la air mata ni..hehe.
(siap takbir lg..slow2 la..)

Dr Chong ketawa je tgk saya hari tu..huhu
saya nak cucuk orang, takpe..
tp..saya tak cukup percaya pd orang yang nk cucuk sy..
(kalu cucuk sikit, darah msti xnak keluar..kena buat byk kali..ohh, tidak!)
regard to Azirah la, cucuk skali je..cukup la skadar 2 titik.huhu
saya percaya anda!

alhamdulillah, slide yang cantik terhasil..walaupun banyak platelet..
Lab assistant tu sndiri yg cakap tu..huhu *bangge*

Aim untuk Lab histo: teruskan menghasilkan slide2 yang comel!

oh ye, pd 15 & 16 januari baru2 ni, saya pergi ESQ. Kalu nk tahu lebih lanjut, sila klik sini.
1stly, nk berterima kasih sgt2 la kat kawan yg susah2 tolong adjust supaya saya dapat jgk join training tu.. I know U'll read this..so, xpyh mention r kot nama..hehe. (ke..nak jgk?)
asalnye, program tu tuk student terpilih je..(myb berdasarkan pointer...). so, saya dah awal2 lagi x terpilih la..huhu..dah putus harapan la..under U, free...xpyh byr..
kalu pegi sendiri, maunye RM 400-500 jgk.. tp, dh pasang hajat la, one day nk pegi jgk jika berkesempatan..
Esok dh programnye, kwn ni dengan terkejutnya bagitahu yang dia dh simpan tempat untuk sy..FOR FREE!
saya jadi speechless, God hears my prayers..Alhamdulillah. saya ajak Mimi, geng satu course.. takut jgk nk pegi sorg2.
tup2, budak bio ada lagi yg pergi. Kah Tee, Luqman, Fauzi, Ecah, As dan Nik.. dorang pergi under Dr Azna..

skrg kitorg dh jadi Alumni ESQ!

Training 2 hari tu sgt best! serius sy ckp, tak rugi bayar banyak2 tuk training ni..(ayat sape ntah..hehe). Start2 training je, dah berderai air mata..huhu..
memang nangis je keje 2 hari tu..huu. Bkn nangis suka2, nangis keranaNya..
tapi, ada je aktiviti macam game, motivate.. No stress la..
saya tak dapat nak jelaskan dengan detail psl training tu. Korg kene pegi n rasa sendiri.. baru korg faham..

kesimpulannye, Jom! kite join ramai2.. berhabis duit untuk dekatkan diri pada Dia yang menciptakan kita, takde ruginya.. ape yg kite mahu adalah spiritual happiness!

...

hehe... oleh sebab dah nk join org2 20-an, takpe la kot cakap pasal tutt..
hehe..apekah itu??
huhu..nikah kahwin la, ape lagi..
pelik btul, naik je sem ni...mana2 je sy pergi, mesti ter-ber-ckp psl ni..huuu..
rasa mcm tak cukup matang je..kih3
duk umah, ngan housemate ckp psl ni..
terutama ngan Kak Solehah..hehe(jgn marah~)
kat kelas..borak psl ni jgk..
ms naik van nak pegi mydin pun..dgr org ckp psl ni..
adeii.. musim ckp psl ni ker..
saya cuma follow the flow....=p

myb masanya dh smpai kot..
to be serious in life..
(xley r...serius2= xbest!)
tgk la cmne2..heheh

oh...lupe, ade ahli rumah ni nak bertunang ms cuti midsem ni..
hee...*excited*
semoga smpai ke jinjang pelamin.
smg dari ikatan itu juga, akan lahir generasi mujahid mujahidah yang hebat!
amin..
 
;