Friday, March 12, 2010 0 comments

Kesakitan yang nikmat

“Rasa sakit tidak selamanya tidak berharga, sehingga ia harus selalu dibenci. Kerana, mungkin sahaja rasa sakit itu sebaliknya akan mendatangkan kebaikan bagi seseorang”

Biasanya, keikhlasan sebuah doa muncul tatkala rasa sakit menimpa. Demikian pula dengan keikhlasan tasbih yang sentiasa terucap saat rasa sakit terasa. Adalah jerih payah dan beban berat saat menuntut ilmulah yang telah menjadikan seorang pelajar menjadi ilmuwan terkemuka. la telah bersusah payah di awal perjalanannya, sehingga ia bisa menikmati kesenangan di akhirnya.

Usaha keras seorang penyair memilih kata-kata untuk bait-bait syairnya telah menghasilkan sebuah karya sastera yang sangat menawan. Ia, dengan hati, urat syaraf dan darahnya, telah larut bersama kerja kerasnya itu, sehingga syair- syairnya mampu menggerakkan perasaan dan menggoncangkan hati. Upaya keras seorang penulis telah menghasilkan tulisan yang sangat menarik dan penuh dengan 'ibrah (pengajaran) , contoh-contoh dan petunjuk.

Lain halnya dengan seorang pelajar yang senang hidup berfoya-foya, tidak aktif, tidak pernah diundang masalah dan tidak pula pernah tertimpa musibah. la akan selalu menjadi orang yang malas bergerak dan mudah putus asa.

Seorang penyair yang tidak pernah merasakan pahitnya berusaha dan tidak pernah meneguk pahitnya hidup, maka untaian qasidah-qasidah- nya hanya akan terasa seperti kumpulan kata-kata murahan yang tidak bernilai. Sebab, qasidah-qasidah- nya hanya keluar dari lisannya, bukan dari perasaannya. Apa yang dia utarakan hanya sebatas pertimbangannya saja, dan bukan dari hati nuraninya.

Contoh kehidupan yang paling baik adalah kehidupan kaum mukminin generasi awal. Iaitu, mereka yang hidup pada masa-masa awal kerasulan, lahirnya agama dan di awal masa perutusan. Mereka adalah orang-orang yang memiliki keimanan yang kukuh, hati yang baik, bahasa yang sederhana dan ilmu yang luas. Mereka merasakan keras dan pedihnya kehidupan. Mereka pernah merasa kelaparan, miskin, diusir, disakiti dan harus rela meninggalkan semua yang dicintai, disiksa, bahkan dibunuh. Dan karena semua itu pula mereka menjadi orang-orang pilihan. Mereka menjadi tanda kesucian, panji kebajikan dan simbol pengorbanan.

“Tidaklah patut bagi penduduk madinah dan orang-orang sekeliling mereka dari orang-orang A’arab ketinggalan daripada (turut berperang bersama) Rasulullah, dan tidaklah patut mereka mengasihi diri mereka sendiri dengan tidak menghiraukan Rasulullah. Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga dan merasai penat lelah dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah, dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir, dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh-melainkan itu semua ditulis bagi mereka (pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya ”

(QS. At-Taubah: 120)

Di dunia ini banyak orang yang berhasil mempersembahkan karya terbaiknya disebabkan mahu bersusah payah. Al Mutanabbi, misalnya, ia sempat mengidap rasa demam yang amat berat sebelum berhasil menciptakan syair yang indah berikut ini:

Wanita yang mengunjungiku seperti memendam malu, ia hanya mengunjungiku di gelapnya malam

Malahan an-Nabighah sempat diancam akan dibunuh oleh Nu'man ibn al-Mundzir sebelum akhirnya mempersembahkan bait syair berikut ini:

Engkau matahari dan raja-raja yang lain bintang-bintang, tatkala engkau terbit ke permukaan, bintang-bintang itu pun lenyap tenggelam

Di dunia ini, banyak orang yang kaya kerana terlebih dahulu bersusah payah dalam masa mudanya. Oleh kerana itu, tidak usah bersedih bila anda harus bersusah payah dan tidak usah takut dengan beban hidup, sebab mungkin sahaja beban hidup itu akan menjadi kekuatan bagimu serta akan menjadi sebuah kenikmatan pada suatu hari nanti. Jika anda hidup dengan hati yang berkobar, cinta yang membara dan jiwa yang bergelora, ianya akan lebih baik dan lebih terhormat daripada harus hidup dengan perasaan yang dingin, semangat yang layu dan jiwa yang lemah.

“Tetapi Allah tidak menyukai kepergian mereka, maka dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh syaitan) "Tinggallah kamu bersama orang-orang yang tinggal"

(QS. At-Taubah: 46)

Saya teringat seorang penyair yang sentiasa menjalani kesengsaraan hidup, menanggung cubaan yang tidak ringan, dan mengenyam pahitnya perpisahan. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, ia sempat melantunkan qasidah yang indah, segar, dan jujur. Dialah Malik ibn ar-Rayyib. Ia meratapi dirinya:

Tidakkah kau lihat aku menjual kesesatan dengan hidayah dan aku menjadi seorang pasukan Ibnu Affan yang berperang. Alangkah indahnya aku, tatkala aku biarkan anak-anakku taat dengan mengorbankan kebun dan semua harta-hartaku Wahai kedua sahabat perjalananku, kematian semakin dekat berhentilah di tempat tinggi sebab aku akan tinggal malam ini. Tinggallah bersamaku malam ini atau setidaknya malam ini jangan kau buat lari ia, telah jelas yang akan menimpa Goreslah tempat tidurku dengan ujung gerigi dan kembalikan ke depan mataku kelebihan selendangku Jangan kau iri, semoga Allah memberkahi kau berdua dari tanah yang demikian lebar, semoga semakin luas untukku

Demikianlah, ungkapan-ungkapanny a demikian syahdu, penyesalan yang sangat berat diucapkan, dan teriakan yang memilukan. Itu semua menggambarkan betapa kepedihan itu meluap dari hati sang penyair yang mengalami sendiri kepedihan dan kesengsaraan hidup. Ia tak ubahnya seorang penasihat yang juga pernah merasakan apa yang ia ucapkan. Dan, biasanya, perkataan atau nasihat orang seperti itu akan mudah masuk ke dalam relung kalbu dan meresap ke dalam roh yang paling dalam. Semua itu adalah kerana ia mengalami sendiri kehidupan pahit dan beban berat yang ia bicarakan.

“Maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahui-Nya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada di dalam hati mereka, lalu ia menurunkan semangat yang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya ”

(QS. Al-Fath: 18)

Jangan cela orang yang sedang mabuk cinta dalam kemabukannya hingga belitan kuat deritamu beralih ke dalam deritanya

Saya banyak menemui syair-syair yang kering dan hambar, tidak hidup dan tidak ada rohnya. Itu mungkin kerana kata-kata yang teruntai dalam bait-bait tersebut bukan terbit dari sebuah pengalaman peribadi sang penyair, tetapi suatu dikarang dan direka-reka dalam aura kesenangan. Karya-karya yang demikian itu tidak ubahnya dengan potongan-potongan ais dan bongkahan-bongkahan tanah; sejuk dan hambar.

Saya juga pernah membaca karangan-karangan yang berisi nasiha-tnasihat yang sedikit pun tidak mampu menggerakkan hujung rambut orang yang mendengarkannya dan tidak mampu menggerakkan satu titik atom pun dalam tubuhnya. Semua itu, tidak lain kerana nasihat-nasihat itu tidak terucap dari mulut seseorang yang langsung pernah mengalami dan menghayati sendiri suatu kesedihan dan kesengsaraan.

“Mereka selalu menyebut dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya”

(QS. Ali 'Imran: 167)

Agar ucapan dan syair anda dapat menyentuh hati pembacanya, masuklah terlebih dahulu ke dalamnya. Sentuhlah, rasakanlah dan resapilah; nescaya anda akan mampu memberikan sentuhan ke tengah masyarakat.

“Kemudian apabila telah Kami menurunkan hujan menimpanya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai”

(QS. Al-Hajj: 5)


regards: remaja masjid

Sunday, March 7, 2010 2 comments

ujian


huhu..sejak akhir2 ni..(rasanya..hari2 kot)
air mata ni tumpah..
paling kurang bergenang..
kdg2, tak dapat nak kontrol dah..
tak kire tempat..
rumah, bilik, kelas..lab.. huu

hina n rendah sungguh rasanya..
lemah..
rapuh..
bila diuji baru nak kembali pd Dia..
baru nak mintak ampun itu ini..
baru nak memujuk rayu..

ada modal ke aku nak mintak lebih2 ngan Tuhan ni?

iman senipis kulit bawang..
amal seringan kapas..

huu..teruknya..

ujian memang perit..
very2 painful
kalaulah tak rasa bertuhan..ada agama..
mungkin ntah ape2 tindakan tak masuk akal dah dibuat..
patut la ade org terjun bangunan, kelar tangan...
hurm..

but, somehow...
deep down, I feel glad.
perit mmg perit..
tapi, kalu xde ujian ni..
mesti masih hanyut..
buat dosa pn..tak rasa bersalah..
tak sedar

at least I know..by this way, He still remember me..
masih sudi mengingatkan hambaNya ini..
Alhamdulillah..

hari takkan selamanya mendung..
pasti mentari akan kembali menjelmakan dirinya..

inilah hidup.

tiada yang sia-sia...semua ada hikmahnya..


..sabar..
alBaqarah: 286

Monday, March 1, 2010 8 comments

lucu..

baru-baru ni..hari khamis..
ade test, malam. kat DSJ. Test histo. Takut je lebih, tp usaha..hurm..malu lah nak ckp..
sblm itu, hari khamis jugak. dikejutkan dengan satu berita yang sangat2lah tak disangkakan.

"Zarin, sowi lambat cakap. Bru bncang dgn Tn Haji td.. Kite kena g KL mlm ni yg PGN tu. esok malam kite balik. Bus kul 11"

tett...terpana sekejap. Nak rasa ape? marah? excited?
huhu...dah xleh nk fokus dh ms tu.. Kitorang buat projek Fishspa. Asalnye ingat ade kt Trg ni. So, tak payah pegi jauh2 tuk interview pemilik fishspa.. rupenye xde pn..tu nk kena pegi KL tu..kt sane je ade, jumpe dalam internet. Nak seribu daya..kan?

tak lame lepas tu, dpt tau..bas kul 10.30. risau. test habis kul 10. UMT ke KT, 30minit..

"sempat ke ?"

test berlalu. Hancus..dan tak tau la cmne nak berhadapan ngan result bile dh kuar nanti..
boleh plak Dr. Chong suh tunggu kejap after abis test.

"adei..dah 10.07 dh ni.."

akak2 yg satu group tuk Asas Keusahawanan mesti dh tunggu ni.. 2 kos Fishery, kak aya n kak lina. sorg lagi kos akuakultur, kak A-An. dorg sume 3rd year. tu panggil akak tu..mmg ktorg kena gabung ngan kos lain2.

kuar2 je..kak A'an dtg amik ngan kereta dia.. nasib dh pack. Nak bwk ape je..sehari je kan. Bawak baju nak tukar sudah.. Mmg lenggang kangkung la mlm tu.. trus chow ke stesen bas kat KT tu..

10.10. ktorg dh lambat..kete dipecut, kalah F1. takut, tp..nk bwat cane.. sampai dlm kul 10.30 lebih2.. Rupenye, bas tu kul 10! haha..kitorang dah lambat stgh jam lbih. Patut r driver tu bising2.. Penumpang yg lain pun, tgk slek je kt ktorg..adeihh...sabar je la..

Sepanjang perjalanan, yang termampu sy buat adelah tido.. ade la terjaga sekejap2..tp, for sure..sampai kt Hentian Putra baru btul2 sedar. dasyat..

bangun2, ktorg pegi surau..solat+sambung tido. hehe...then, bangun, makan. trus pegi KTM, amik tiket ke Midvalley sbb tempatnye mmg kat situ. Ni second time naik KTM..ok la..dah bleh adapt.huhu..

sampai kat sane, dlm pkul 7.15 lbih.. kosong je. yang ade just cleaners. nak round2, kedai pn x bukak lg. So, kitorg lepak kat food court kat atas.. sempat jugak la bergambar.. Kul 8 ktorg turun..dan terus menunggu di hadapan premis bernama Kenko tu bukak. sambil menunggu..berangan2..

kalu bertuah..leh jumpe artis! Midvalley n Pavilion..tempat feymes ni

Temuramah ok. Mrs tu frenly je. Sempat jugak la merasa fishspa tu..free..

saya ni suke sgt la bnda free2 nih..hihi


huhu..mula2 kitorg pegi kat tank yg kecik tuet je ikannye..adeii, geli sungguh bile ikan2 tu pegi kat kaki. dorg makan sel kulit mati. makin lembut la kulit, kononnye.. sy la yg paling susah nak adapt kegelian tu. Sekejap melenting, sekejap menjerit..adehh..

nasib takde org. ye la, awal sgt ktorg pegi. ktorg je customernye..

Then, ktorg beralih plk ke tank yg lebih besar ikannye. Ikan2 tu ade gigi..tp tak sakit pn. Better kot, dari ikan2 kecik td. Takde la rasa geli sangat. Cume bile dorg "serang" ramai2 kt tapak kaki je, tak tahan..

after that..ktorg lepak2..mkn2..

hari tu hari jumaat. penuh orang. kat cinema tu..berbaris pjg pn, seolah2 bukan satu hal yg menyusahkan. dah pkul 1 lbih..tp, rmai je bdak melayu masih bratur..

dorg tak pegi solat jumaat ke..

huhu..yang peliknye, kak A-an ckp dy nmpk yg berketayap pn ade duk bratur..huu
ape nak jadi la..

kemudian, ktorg pegi naik Pavilion. kat sana ada satu lg outlet Kenko. konsep dy lain.. ktorg nk la pegi observe. Naik monorel. first time tuu..huhu. Yang kelakar nye, elok2 ktorg dah duduk kt dalam objek tak brp nak pjg tu..tetibe..

"harap maaf, oleh kerana kerosakan teknikal yaang berlaku, kenderaan ini tiada dalam perkhidmatan. Penumpang diminta keluar.."

haha..boleh plak jd camtu. teringat pulak masa 1st time naik LRT dulu, oleh kerana terlalu 'baik hati' bagi pakcik tua tu masuk LRT, saya hampir saja tertinggal route tuh.. kwn2 dah ade kat dlm dh. sy plk tak reti nk beli2 tiket nih if terlepas.. cuak memang tak tau nak ckp la. Boleh plak terlekat kat pintu LRT tuh..lutut je sempat masuk. Badan kat luar lagi.. nasib pintu tu dibuka skali lagi.. adehh..malu nye, sume org tgk..haha.. geli hati sungguh bile teringat. lain kali, bile dah bunyi tett..tett..tett tu, kne cepat2, pintu dh nk tutup. igt tu..

nak buat mcm mana, budak kampung yg "tulus dan sopan" masuk bndar =p

ok..sambung ke cerita asal. sesampai je kat pavilion (lupe dh pkul brp..tp ptg la..myb 4-5 pm cmtu kot) ktorg terus meluru ke toilet. Tukar baju..ye la, dah seharian ke sana, ke mari..dah semacam baunya..haha. Cam remaja2 yang tukar baju bila ponteng kelas dlm tv tu..huhu. kelam kabut. kesian org kat luar kena tunggu lame2. Ktorg tak dah nak pusing2 sgt. direct ke Kenko. Yang tu besar sikit, lebih open. Ktorang stakat amik gmbr je..dah penat kn.

pusing skit2 je kat Pavilion tu. ramai sungguh orang luar. ade nmpak pasangan arab nih..adei, cantik sggh si perempuan itu.. dengan jubah, berpimpin tangan ngan husb dy.. jeles la plak..
kih2..

barang2 sume branded. tak mampu la 'orang kampung' ni nak beli..tengok je la.. huhu

then, ktorg makan..kat KL sentral ke, mana ntah..jalan2 kt parkson.. sejauh2 perjalanan tu..saya just beli T-shirt rm9.90 satu(kedekut sggh kn..), bateri HP satu (mmg dh lama nak beli pn. nk beli HP baru takde duit, beli bateri pn..ok lah kot..huhu)..n sebentuk cincin..murah je..tak payah mention la kn..

sy ni mmg minat sungguh ngan cincin..(yg murah2 dah la kan..org kmpung kn..) Kak A-an pun same. Sy mmg dah prsn dah..kak A-an ade pakai cincin emas.. mesti cincin tunang ke pe neh.. tp, tak tnya la plk kn..

Ms duk try2 cincin tu la, dy cter.. Tu cincin merisik sbnrnye. Dorg ni kiranya dijodohkan sejak kecik lagi.. Mak dorg best fren. So, mak dy cepat2 r suh merisik tu..takut kak A-an kapel ngan org len..huhu..ade jgk lagi kes mcm ni skrg eh? Kak A-an pn tak penah lg jumpe laki tu sblm ni..tp, stkt ni..xde mslh pn.. lambat lg katanya mau kawin sbb laki tu amik double degree..law n syariah..sabar la yek kak..kih3

huhu..seronoknye mereka.. diam2, jeles jgk sebenarnye..hohoh.. sape taknak, usaha menghalalkan ape yg haram.. daripada kapel tnpa penghujung, at least ade usaha nak halalkan..
semoga dinilai as ibadah di sisiNya.. aminn ya robb..

sy pn manusia biasa jg, mana leh lawan fitrah.. kdg2 bisa tersasar.... T___T

malam tu ktorg balik. tiket kul 10.30. tak lewat..hehe. dlm tak smpai 5 minit, diri ini sudah pengsan. sedar2 je...dah smpai kt MPKT pada jam 4.30am. huhu..penat sgt tu.. seharian berjalan..

lucu..bila teringat ke-kelam-kabut-an. mcm2 ragam manusia..mcm2 style, rupa, cara.. Tp, duk kt bndar cmtu..Mmg susah betul nak jaga mata.. especially bg lelaki la kot.. sabar je la kn..

tak pasal2 dapat pegi trip ke KL ujung minggu tu. huhu..lucu2..masih geli hati.. sampai sudah, takde plak jumpe artist....

Wednesday, February 24, 2010 2 comments

^^,

assalamualaikum wbt..

huhu.. just passing by fuzzy, emotional, crazy n complicated days..
never thought I'll face that kind of problems in my life..
not sure if they're actually problems..
but, I believe... they taught me lessons which can be applied in the future..
so, I wudn't make the same mistakes again..

Rasulullah SAW says,

"Barang siapa yang hari ini lebih baik daripada hari kelmarin, dialah orang yang paling beruntung. Barang siapa yang hari ini sama dengan hari kelmarin, dialah orang yang rugi. Dan, barang siapa hari ini lebih buruk daripada hari kelmarin, dialah orang yang celaka".

well, life's a long journey...and there's more to face in the upcoming days..
things beyond our expectations..
far beyond...

I've learnt that..

1. If we made promises...to anyone, please try hard to fulfill it. If we afraid, or not sure we are able to fulfill them, don't ever try to promise anything. It'll make people lose their trust on us..

copied from a forum:

Seorang penyair telah mengambarkan sikap mungkir janji dengan tujuan untuk menghindarkan daripada sikap tidak menepati janji bila seseorang itu berjanji dengan katanya:

‘Jangan kamu merungut apabila suatu masalah tidak dapat diatasi. Sesungguhnya penyempurnaan terhadap satu janji dalam suatu perkara dengan perkataan "Ya".

Sebaik-baik perkataan “Ya” selepas "Tidak", dan seburuk-buruk perkataan "Tidak" selepas pengakuan "Ya". Sesungguhnya "tidak” selepas "ya”, suatu yang tidak diingini. maka dengan perkataan "tidak", mulalah meringan-ringankan tanggungjawab, dan mulalah hidupmu dipandang ringan yang membawa penyesalan selama lamanya. Dan apabila kamu berkata "Ya", maka sabarlah terhadap kesanggupan itu, dengan tujuan menjayakan perjanjian bagi mengelak bersalahan janji untuk menjauhi dari kamu dikeji.


2. If we feel frustrated, or..hate someone who suddenly tear our heart apart... try hard to forgive them. Don't just open our eyes to see the bad things they've done to us. Don't forget all the kindness and love they gave us before... It's not worth to destroy years of relationship just because of the mistakes they've done. We are not God, not angels, not prophets... we can never run from doing mistakes.. Give them and even urself chances to heal the condition..

3. Urm.. we have to be serious in life. Be careful with every words we said. Honest is good (undeniable), but there are certain things that are better left unspoken coz, when we said something that might hurt anyone else's feelings... the scar will always be there. Will be remembered as long as they keep breathing. The condition will never be the same..

"Lebih baik sakit kerana diam, daripada sakit setelah terluah"

4. Huhu... NEVER try to cheat or hurt anyone that already put their trusts on us. Coz, at the end, it'll turn on hurting us. Remember that, we can never..ever..able to turn back time. What goes around will definitely comes around. Bare that deep in ur mind.

5. Appreciate all the things we already have. Syukurlah dengan ape yg kite ada. Jangan nak sibuk2 sangat kejar ape yang kite belum tentu kite akan dapat. If not.. menyesal tak sudah. Menangis air mata darah sekalipun.. dah takde maknanya.. (aish, bunyi cam org putus cinta la plk..hikhik)

"yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"

6. erm....(ape lg ye..? org tganu kate " dok mmari".. nanti la post balik~huhu)


Monday, February 22, 2010 0 comments


2 words..

sakit jiwa



Friday, February 19, 2010 2 comments

HoliDay...

a week of holiday, I'm not even at my home..
all of us went to the new house kat perak..
not really gonna move there..
mom built it so that all of the relatives ade tempat yg selesa tuk stay..
xde r menyemak, menyendat kat umah Pak Long..huhu

first day, ari jumaat...we got there about 4-5pm..
sampai2 je..trus angkut brg2 yg berlambak2 dalam bonet kete tuh..
tak sempat nak rehat, kitorg ada plan nak pergi Tesco dekat2 tu tuk beli ape yg patut..
ye la..that house really2 empty, takde ape pon..
tup2, sdare n jiran ade dtg lawat..
(adeii... layan jela..)
pas magrib bru ade kesempatan pergi..
2 troli beli brg...huhu..
penuh bonet...nasib baik muat..

malam tu lembik...tp, xleh tdo awal jgk..sbb byk lagi yang belum dikemas..
pintu dan tingkap plk gune sliding nyer..
kalu tak tutup, alamatnye buat pameran free la..
so, bersusah payahnye...diri ini memanjat tingkap, nk psg langsir..
adik lg terer...pegi pnjat atas Aboh terus nk psg lgsir kat sliding door..
tangga takde, so...guna ape yg ade je la..
saya takleh nk pnjat.. berat..
patah plk pinggang my dad..huhu

next day...kemas2 lagi..
mop sana, mop sini...
sapu sana sapu sini..
mcm2 keje la..
huhu...
nak pegi jln2 tak sempat..
malamnye, ktorg pegi tesco lg..
nk beli washing machine, tv, peti sejuk..
ade offer..if beli hari tu, kos penghantarannye free..tu beli jgk tu..

hari ahad.. hari yg penat dan tension..
hari tu jiran sebelah rumah buat majlis kahwin..
besar jgk la..
ade ayam paggang, karaoke sume..
sedari pagi, lagu dah terpasang..
kuat pulak tu..adeii..
kite penat mengemas umah.. nak 'rehat' ngan aman pun takleh..

agaknye orang2 kat perak memang tak kisah kot..pasang lagu kuat camtu..
soo not my style lahh..

bile tgh hari, lagi parah..dah la panas terik, pegi karaoke plk..
yang nyanyi nyer..bknlah artis2..
tp, pakcik2 yg erm...veteran..
huhu
lagu plk...yg 60-an punyer..
adehh..
sampai ke malam...pukul 10pm tu ade lagi yg menyanyi..
suara bkn sedap pun.. pitching lari sana sini..
memang menguji kesabaran la..
tertidur dlm keadaan yang tensen jg akhirnya..huhu

next morning, isnin..sgtlah byk kerja..
ktorg nak buat kenduri kecik2 malam tu..
ajak mane yg dekat je..
(tp ade je yang jauh menyibuk nak datang..well, what can I do..huhu)
tahlil atuk n kenduri naik umah..
family Pak Andak ade balik, tidur kt umah kitorg..
so, dorg tolong2 la jgk..

menunya nasi ayam..tempah je kat waris2.
ktorg nak masak, xde peralatan..
huhu...
agak kelam kabut r malam tu, huhu...tak biasa buat kenduri...tu ade je bnda tertinggal, tak cukup.. terlebih pun byk..kih2
harap2 tetamu yang datang pulang dengan kenyang ler (^^,)

after sume dah balik, ape lagi..kena kemas la..
abes kapet baru bli, tumpah kena kicap la..agar2 la..
oh ye, ade satu bnda baru telah dipelajari..
kalau kite panggil agar2, org perak panggil lengkong..
pelik jgk la masa mula2 dengar Mak Andak sebut..
hehe.. saya pun asyik usik dia bile tersebut perkataan tu..
hihi

that day jgk, Opah duk kat umah kitorang..
huhu..kinda sad when I saw her..
she looks so old, weak..and..
she got that 'old-people' smell with her and sometimes, she can't remember things clearly..
felt so sad, when she tried to talk and no one listen to her..
supposed she shud be very sad...she still got feelings...
like everyone else..rite?

then i looked back to myself..
one day, I'll be old too..(jika panjang umur la..)
helpless...and worse, nyanyuk..
huhu...it wud be very hurtful if my children push me aside, of leave me at mana2 rumah jagaan..
and ignores me when I try to say something..
don't really want to have sisa2 hidup macam tu.. seriously..
for God sake, please not..

erm...selasa..

takde ape yg luar biasa berlaku, selain duk umah tgk tv...lepak2...
huhu...rehat la kononnye..
ohh..terlupe tuk mention, rumah tu sgt panas..
kalau tak buka kipas, habis berpeluh..huhu..
tingkap kena buka luas sentiasa..
so that ade ventilation..

rabu, kitorang bertolak ke putrajaya..
a cousin of mine kena denggi berdarah..igt nak lawat hari tu, tp...dah lambat..
campur tersalah jln lg..
huhu...malamnye kitorang rest kat rumah sedara kat Nilai..

khamis tu baru la berkesempatan pergi pergi putrajaya hospital..
besar jugak...cam elite la kat dalamnye..
Hafiz (cuzin yg sakit tu) duk kat ward ICU sblm ni..hari tu dy ditukarkan ke ward len..
dah sembuh sikit..
alhamdulillah..
abis bengkak sebelah tangan..ade pecah darah kat lengan, kaki..
tu ok dah sikit tu..
sblm ni..gusi n bibir berdarah..
buang air kuar darah..huhu
Semoga cepat sembuh!

ari tu jugak kitorang balik Dungun, penat la...5 hari travelling..
saya pulak byk keje, assgnment nk kena buat...
ada test lg..
tp, broadband tersangatlah perlahan kat kampung..
nak download nota..nak cari journal pn..jgn harap la..
(FB n YM leh plk..adeii)

sekarang....mood: xmo balik UMT lg..huhu
tp, nak tengok pokok yg ktorang cuture hari tu..
sampai terbawak dalam mimpi..huhu...
yg peliknye, dalam mimpi tu..bkn pokok lada yang tumbuh, tp kaktus..
adei..
terlebih imagine agaknye ni...
Sunday, February 7, 2010 2 comments

..

..feels incomplete...
and it keeps on bugging my days



guilt
(-_-)


 
;