Showing posts with label when He's there... Show all posts
Showing posts with label when He's there... Show all posts
Saturday, November 13, 2010 0 comments

Wanita..byk pntangan, byk juga ganjarannya =)

(sy copy direct dr FB, rsnya sgt menarik untuk dikongsi..termasuklah kpd sesiapa yg xde FB)

Alhamdullillahh..bersyukurlah kita terhadap Allah S.W.T kerana kita dilahirkan utk menjadi perempuan, isteri dan ibu..
dan kita dilahirkan utk menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W
berusahalah mendekati Allah..tiada jalan yg terbaek selain jalan utk mendekati ALLah S.W.T tuhan sekelian alam..



1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.


3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.


4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.


5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


6. Barangsiapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.


7. Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidh nya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohonampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.


8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.


9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.


10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)


15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakahyang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".


16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.


17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allahs.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).


18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginyasetiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.


20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.


21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.


22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orangyang berjihad pada jalan Allah s.w.t.


23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.


24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.


26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.


27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.


28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.


29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.


30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.


31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.


32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.


33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiadaseorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.


34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.




35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuhrahmat.


36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.


37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.


38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.


39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.


40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatumalam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).


41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak"Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.


42. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.


43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.


44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.


45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialahsejauh langit dan bumi."


46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."


47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."


48. "Wakai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudiandibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."


49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat danmenjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."


50. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungaiserta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api nerakadan selamatlah ia melintas Titian Shirat."


51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.


52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.


53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.


55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).


56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.



“Berbuat baiklah kepada wanita, karena sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.Maka sikapilah para wanita dengan baik.” 
 (HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186)

sesungguhnya dunia ini sementara.. manfaatkanlah pemberian terbesar yg kita terima dari Allah Taala.. mungkin saja kita tak mampu utk menikmati hari pada esok hari.. bertaubatlah sementara nafas belum dikerongkong mu.. walaupon mengucapi "astagfirullahhal'azim allazilaa ilaha illah hualhayyu Qayyum wa a tubu illaih" ucapkanlah dengan sepenuh jiwa mu..  


Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Tangan kaki mata bibir hidung dan segala anggota badan menceritakan maksiat serta dosa yg pernah kita lakukan..sehingga kita takkan dpt melepaskan diri utk keluar dari api neraka yg maha azab..
sehingga bulu mata memberikan kesaksian bahawa kita pernah menangis kerana taubat dan takotkan Allah..


Allah memberikan keizinan kepada bulu mata utk membuat kesaksian.. 
“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”

dan pada saat hidup kita di dunia ini..jgn lah menangis utk pekara yg sia2..titiskan lah air matamu wahai wanita hanya utk Allah taala..
dan di saat hari pembalasan kelak tatkala anggota badan mengkondemkan kita..ingatlah bahawa air mata yg membasahi bulu mata kerana menangis takutkan Azab Allah, menangis kerana bertaubat itu lah yg akan mengeluarkan kita dari api neraka..


bagaimana sekiranya kita tidak pernah menangis kerana takotkan Allah? apakah yg akan bantu kita utk keluar dari neraka Allah? dgn solat kita yg masih belum khusyuk..dengan ibadat kita yg belum tentu ikhlas kerana Allah,
dgn kehidupan dunia yg penuh bisikan syaitan kerana mengejar dunia, lulus exam utk bekerja dgn gaji yg lumayan..membuatkan kita lupa yg kita pernah berjanji kpd Allah Taala bahawa kita diciptakan hanya utk beribadat kerana Allah.. marilah sahabat3.. berusahalah di jalan Allah..apalah yg kita hendak bawa disaat hari perhitungan,, berselawatlah kepada Nabi Muhammad S.A.W semoga kita mendapat syafaatnya dan meringankan kepedihan di padang mashyar di saat matahari sejengkal..berdoalah kita dpt berjumpa dgn Rasullah di akhirat kelak utk minum di telaga nabi..

semoga Allah mencintai kita..
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selainNya. Dan Rasullah S.A.W. sebaik2 pemberi syafaat. Hanya kepadaNya aku bertawakkal berserah diri".
Monday, November 1, 2010 5 comments

kisah cinta Rasulullah dan Aisyah r.a ^^,


semalam sy tidur lambat lg.
huhu..

syok dgr ceramah 'kisah cinta Rasulullah dengan Aisyah r.a'
dah lama ada dalam laptop ni, tp tak terdengar..huhu

fuuhh...romantik!
sweet~
(bikin makin tak sabar nk kawen je)
hehe

we all know yg Aisyah kahwin ngan Rasulullah masa umo 6 tahun kan?
stat duk bersama masa umur 9 tahun..
dan Rasulullah masa tu..40 lebih (kalau slh sila betulkan)

sy nak cter la sikit mana yang saya igt

ni kisah cinta betul tau.
bukan novel, cerekarama, sinetron dan sebagainya..
bkn mcm romeo n juliet..
qaish dan laila..
dan bermacam lagi lah alkisahnya..


tak ikut kronologi yek..
hehe

untuk pengetahuan anda2 semua..
aisyah itu paling kuat cemburu berbanding isteri2 Rasulullah yg lain
juga paling muda

Babak 1:

ada suatu hari tu, ada sahabat yang memasak.
sahabat itu mmg pandai memasak makanan yang enak2
dimintanya Rasulullah untuk merasa makanan tu..
dijemputnya Rasulullah ke rumahnya..

Rasulullah bertanya..
"ini bagaimana?" sambil mengisyaratkn Aisyah di sisinya..
sahabat jawab
"hazihi la." mksudnya.. dia tidak.

Rasulullah pun jawab
"wa ana la." : saya pun tak nak..

sahabat pun balik..
tp, dy datang semula ke rumah baginda.
ajak lagi..

Rasulullah tanya lagi.
"ini bagaimana?" masih lg mengisyaratkan pada Aisyah..
sahabat itu masih dgn jawapan yg sama..

Rasulullah terus menjawab
"sy pun xnak"

3 kali sahabat tu ulang alik, tp rasulullah masih menolak
sebab tak diajaknya Aisyah sekali..

last2, barulah sahabat mengalah..
dijemputnya sekali Aisyah
setelah sahabat tadi pulang,
Rasulullah dan Aisyah bergegas bangun

sambil dorong-mendorong
"ayuh, kamu dulu.. kamu dulu"

hehe..sweet kan?

Babak 2:

ada lagi..

suatu hari, Aisyah masak sesuatu.
nak diberikan kpd Rasulullah
masa tu, Rasulullah di rumah Saudah, kerana giliran baginda di sana

maka, Aisyah pun bawa makanan tadi ke rumah Saudah

sesampainya di rumah Saudah, Aisyah berkata..
"kuuli..kuuli" (makan..makan..)

tp Saudah geleng2 kepala.
Saudah taknak makan masakan Aisyah tu..

Aisyah mulai marah..
kan Aisyah paling muda, tentu darahnya darah muda.
cepat marah..

"Kuuli ya Saudah!" (makan ya Saudah..makan.)

Saudah masih menolak.

sampai Aisyah makin marah, lantas dia berkata dengan keras..

"Kamu harus makan!"

"Tidak" kata Saudah.

"Kamu harus makan hai Saudah, kalau tidak saya lumuri muka kamu dengan makanan ini"
di ancamnya Saudah.


tetapi, Saudah tetap tidak mahu makan.

Habis kesabaran Aisyah.
dimasukkan tangannya kedalam makanan tersebut, lalu dilumurinya muka Saudah dengan makanan itu.

Rasulullah tertawa melihat kejadian itu.
Rasulullah cuba menghalangi pintu, agar Aisyah tak dapat lari.

Rasulullah berkata..
"Saudah, bangun.. bangun, balas..Lumuri pula mukanya!"

Saat itu, Aisyah dah tak dapat melarikan diri.

Saudah pun turut memasukkan tangannya ke dalam makanan tersebut, dan melumurinya pada muka Aisyah.

Aisyah pun kembali membalas lumuran tersebut.


Rasulullah tertawa melihatnya.

Aisyah yang mulanya marah, sudah hilang marahnya..

Saat mereka sedang asyik bermain, tiba2 Rasulullah terdengar suara Umar

Rasulullah mengira Umar mahu masuk, maka dengan segera disuruhnya..

“bangun2..cepat cuci muka kalian..”

=)

Tak pernah tahu pun kan, sampai macam ni keluarga baginda.

Rasulullah juga manusia biasa, terbuka.. tidak membuat sebuah keluarga tegang.

Babak 3:

Satu lagi kisah..
Pada suatu hari, ada orang bermain pedang di dalam masjid.
Rasulullah bertanya kpd Aisyah

“Engkau mahu melihatnya?”

“ya, saya ingin melihatnya ya Rasulullah..”

Lalu Rasulullah membawa Aisyah ke pintu rumah mereka..
Rasulullah berdiri di hadapan, dan Aisyah di belakang.
Aisyah menongkat dagu pada bahu Rasulullah, dan pipinya menyentuh pipi baginda

Hehe
(sweet~)

Lalu Rasulullah bertanya
“sudah cukup belum?”

“belum. Sabar ya Rasulullah. Jgn tergesa-gesa.”

Mereka masih menyaksikan lawan pedang itu

Rasulullah bertanya lagi..

“sudah belum?”

“belum. Usah tergesa-gesa ya Rasulullah..”

Sampai beberapa kali baginda mengulang tanya..

Akhirnya Aisyah menjawab..
“ya, sudah.. Ya Rasulullah..”

Aisyah menyambung..
“sebenarnya saya tak ingin pun melihat orang2 bermain pedang. Tapi saya ingin wanita2 muslimah itu tahu, ingin orang lain tahu bagaimana kedudukan saya di sisi Rasulullah dan kedudukan Rasulullah di sisi saya.”

 Hehe.. itu pun kerana kuatnya cemburu si Aisyah. Maklum sajalah, Rasulullah..siapa yang tak suka. Muslimah mana yang tidak minat..
Aisyah tak minat pun tengok main pedang tu..itu saja motifnya.

;)

Babak 4:

Ada lagi..
Awal-awal lagi sy dah bgtahu kan, Aisyah itu paling kuat cemburu. Selalu memperlihatkan kecemburuannya pada Rasulullah di hadapan isteri-isteri baginda yang lain.

Pernah.. suatu ketika..
Aisyah kehilangan Rasulullah, sedang waktu itu tiba giliran baginda di rumahnya..

Aisyah curiga..
Bimbang suaminya itu pergi ke rumah salah seorang isterinya.

Lalu diintipnya ke rumah2 mereka, tp..tetap ketemu.

Lalu dia pulang..
Rupanya Rasulullah di rumahnya, sedang sujud kpd Rabbnya..

Aisyah ternyata rasa bersalah kerana cemburunya yang berlebihan itu.

Babak 5:

Lagi kisah cemburu Aisyah..

Suatu malam, ketika baginda Rasulullah di rumah Aisyah..
Zainab datang..

Rasulullah meraih tangan Zainab, mahu bersalaman dengannya..

Aisyah seraya berkata..
“Hazihi Zainab....Hazihi zainab...”
(itu Zainab tu..Zainab tuu..)
Kira macam warning la..hehe

Aisyah jealous.

Rasulullah pun terus tak jadi bersalaman dengan Zainab.
Sedar akan kecemburuan isterinya itu.

Apa lagi, Zainab pun marah la..
Kerana si Aisyah, Rasulullah tak jadi bersalaman dengannya

Akhirnya dia marah pada Aisyah.. Aisyah membalasnya..
Bertegang urat seketika..
Keluar kata-kata yang tidak enak didengar..

Saat itu, Abu Bakar (bapa Aisyah) melalui rumah itu..
Terdengar suara puterinya sedang bertengkar dengan isteri Baginda yang lain..
Marah dia..
Puterinya itu cari pasal lagi..

Saat itu, iqamah sudah berkumandang. Abu Bakar berteriak, memanggil Rasulullah

“Ya Rasulullah,keluar.. ayuh kita solat! Suapkan tanah ke mulut mereka itu.
Sudah..sudah.. suapkan saja tanah ke mulut mereka itu..”

 kerana mereka bertengkar gara-gara cemburu..

Mendengar saja suara Abu Bakar, Aisyah terus diam. Takut.

Selesai saja solat, Abu Bakar terus ke rumahnya.. marah padanya.
Aisyah hanya mampu terdiam mendengarnya..

Huhu..

See..Rasulullah takde pun nak marah2. Baginda sabar saja.

Ditegurnya di lain masa..

Ada lagi..tp, cukuplah sekadar ini dahulu. Kalau mahu cerita semua, tak habis satu hari.
hehe

p/s: sumber dikupas dari kitab dan hadis2

Saturday, October 23, 2010 2 comments

bila cintaNya membisikkan kata..

saat ni..aku rasa begitu berdosa..

(terketar2 jari menekan papan kekunci. pipi terasa masih melekit dengan saki baki air mata..)

it has been a very long time tak menangis mcm ni.
teresak-esak

macam kanak-kanak yang baru dimarahi parent.

urm..
last time..urm..tahun lepas, akhir tahun..mcm skrg ni jugak laa..

maafkan, kalau tak dapat susun kata-kata dengan baik.

I was thinking about myself. about my destiny..

why am I like this..not like that..

..banyaknya dosa..
cukup ke, sepanjang saki baki hidup saya untuk tebus sume dosa2 saya?

macam mana..kalau mati, esok lusa..?

sound's like.."what is wrong with this girl? tetibe je emo ni.."

kan?

hurm..
tahun ni..2 saudara saya meninggal.
unexpected.
sorg tu, umo dlm 25..lelaki.. sebab denggi berdarah yang kena infection.

bermula ngan gigitan sekecil-kecil nyamuk..

then, sorang lagi..baru je meninggal...one day b4 raya puasa..

suspected leptospirosis..

bakteria bawaan kencing tikus..

benda2 yg unexpected..

xde warning pun..

dalam bilik ni..ada je nyamuk..
macam mana, kalau salah sekor dari dorg ade virus tuk demam denggi tu?

sekali kena...
boleh jadi...tak smpai seminggu..
pergi mengadap Tuhan..
sedang dosa..bertimbun2..
tak tertebus..
dosa dengan Allah..dosa dengan manusia..

kalo sempat pun, entah Allah nak terima ke tidak..

(iye, Allah terima taubat, tp..sy penah dgr..kalo nyawa da stat kena tarik..dah x trima dah..)

sometimes, we try to avoid such things like this..
we wanted to survive.

hurmm..

my mom, she's a nurse.
she tried to apply what she knows in our family.
she cooked good meals..
reducing salt...sugar..msg usage..

advices..do that...don't do this..n so on..

we tried to live as healthy as we can..

but, if Allah nak jatuhkan jugak sakit..
tetap akan sakit..

one day, my mom was diagnosed wif TIBI (batuk kering)

it was so sudden..

see, berjaga2 mcm mana sekalipun..kalau Allah dah tentukan mcm tu..
nothing can stop it from happening..

Alhamdulillah..
she's okay now..
tapi.. side effects ubat yg berbagai-bagai jenis tu still ada..

she's not having d same life, b4 it happened..
she can't really walk straight..
unstable...thats what she said.

uhmm..
I wonder..when will I die?
what condition will I'm in..at that moment?
will I be able to say it..

kalimah syahadat..

rasulullah pernah menceritakan..bagaimana rasanya semasa Sakaratul Maut..

macam kena hiris ngan ribuan pedang (ke..pisau..)
tu Rasulullah.. org yang paling lembut sakaratul maut.
urm..
kite?
saya?

banyaknya dosa..
kadang-kadang tu, tahu je salah..tapi buat jugak..
tak pakai stoking..
kadang-kadang sinsing lengan, ble nak buat kerja..

especially berkaitan projek akhir tahun..
banyak main air..tangki..
basah..


byk kali juga.. tak jaga pergaulan..
dengan lelaki..

huu...(ni makin sebak ni..)

lemah sangat ni kenapa?
kenapa payah sangat nak ikut ape Allah suruh?
tak takut kena azab ke?

huk2..

diciptakan untuk beribadat, sujud pada Yang Menciptakan..

kenapa payah sangat nak lepaskan diri dari belenggu duniawi ni?

nak handphone baru kononnya..
untuk apa?
buat apa nak beli handphone baru, kalau yang sedia ada masih boleh guna?
tak bersyukur ke?

(there's a war within myself now..each side wanna win)

I know what's right, what's wrong..
tapi... tak terzahir sepenuhnya pada perbuatan..

Ya Allah.. Engkau memang mahu aku lemah mcm ni ke..?

Allah dah plan yg terbaik..adalah sebab2nya tu..

cumanya..
diri ini...

uhm..
kenapa...?

urm.. skrg..agaknya tgh training kat UTP tuh..
ada esq kt sana..

tak pergi pun..tp, I'm having almost d same thing..
kat sini..
sungguh tiba-tiba..
tertiup perasaan macam ni..


(nasib baik sorg2 je dlm bilik.. boleh la feel..huhu)


but, in d training..we cried out loud together..
hoping d best 4 each other..
xde nak cover2..

I missed that moment.
a moment were I can buang semua keegoan diri..

mengakui semua silap salah..


(ugh.. dah stat sakit kepala..)

till next time..dah masuk waktu Asar..


one thing.
..Ingatlah Mati..
peringatan buat diri sendiri dan juga sahabat


Monday, September 20, 2010 4 comments

tentang 'dea'.....

hurm..ni...aq nak igtkan sket diri aq ni..'dea' yg ckp smlm sume ni~~ aq edit sket arini. mls nk buka note~~ ckp mana yg igt je.

"tau tak, awk tu pompuan. Tau tak..ape yg buat sorg pompuan lg cantek? make up ke? pkaian mahal2 ke..? bukanla.. Nak tahu tak? hehe.. jwpnnye, MALU~"

"sy tau, awk tgh fed up kan, tgh nk revenge..nk reconstruct pe sume kan.. Tp, awk jgn plk lupe.. apepun yg berlaku, awk tetap sorg perempuan. Nak otai2 sgt pun..tak eloklah..tak cantik pn"

"yg pentingnya..awk sorg perempuan Islam"

"being honest tu dah elok dah.. tp, jgn la kasar sgt. awk nak huha2 pun, xleh nak samakan ngan lelaki.. awak ade byk batasan.."

"haha...awk ckp, kalu lembut2 karang org ske plk. org laki kan mksd awk? awk xnak org laki suke awk ey? alasan awk...ofcoz la, taknak terlibat ngan bnda2 berkait mslh hati tu lagi.. kan? baik hepi2 ngan kengkawan... tak pyh nk serabut2 pk psl hal sebegitu..kan2?? eleh...awk tau dari mana org akn ske awk kalu awk berlembut pn..? lucu laa.. bajet jgk awk ni rupenye. buat malu sy je..hehe.. kang lekat kasar tu smpai ke tua, xde org nak pulak ;p"

"huhu...fed up ke dgr sy ckp ni? awk tau kan...sy tau every details about ur life. jangan kata sy tak faham.."

"take ur time. itu yg awk mintak kan? nak masa untuk heal diri awk. Tp, awk jgn lupa.. kita ni manusia. Ada ajalnya. Bila? kite xtau..."

"so, kalu awk terus cmni, dan bersangka...suatu hari nanti, awk akn ok balik. awk akn jadi diri awk yg dulu balik.. Awak tahu ke, ntah2...'suatu hari' tu tak wujud pun. Ntah2... sblm 'suatu hari' tu tiba, awk dah pun bertemu ajal awk.."

"awk nak ke... kena tarik nyawa dlm keadaan awk yg ntah pape? hurm....."

"awk kena igt tu. Kite ada AJAL. dan..kite XTAU pun bila.....ntah esok lusa..ntah masa awk tgh syok maen FB, syok b'msg...syok bwk moto laju2 ke.."

'jgn smpai mcm tu.."

"hurm..do take ur time, sy tau..awk belum betul2 ok. tp...beringatlah..."

"jangan lupa, Allah ada perancanganNya tersendiri.."
.
.
.
huu...
sempat la nanges skjap..

*************************************

tak lame lepas tu (mlm)..aq jumpe 'dea' lg..
betul2 depan aq.
aq tgk 'dea' rapat2..
aq tengok dlm mata 'dea'..dalam2..

diam..

then..tibe2 dea tnya aq..
"ape yg awk nak sbnrnye?"
aq diam je...tp, otak berputar2 menganalisis jawapannya.

"ape yg sebenarnya awk nak?"
dea tanya lagi..

"awk nak ape?"
"awk tahu tak... diri awk tu sebenar-benarnya nak ape??"
nada makin tinggi..
.
.

otak ligat berfikir...tp, ntah ape..
.
.

"AWK NAK APE SEBENARNYAA??"
"APE YANG AWK CARI SEBENARNYA??"
"AWK TAHU KE TAK??"
lg kuat!
'dea' ulang byk2 kali soalan tu..
.
.
.

huu...skali lagi terburai..air mata aq..
last2...otak ak kosong..

aq tatau pe jawapannye..
huk2..

hohohh..tu la pe yg aq dengar smlm

'dea' tinggalkan aku camtu je smlm..
bg aku space tuk berfikir..

aq da lama tak nmpk 'dea' ni..
kdg2 aq terfikir jgk..
'dea' taknak muncul2 lagi dah ke...?

hurm..
sape 'dea'?
korg mesti akn pikir..ntah sape la 'dea' ni..
kalu silap tafsir..
mgkin akn sgka
'hantu' ke ape..

hohohh..
xdela..

'dea' ni aq jugak..
cmne nk ckp ek..
suara hati aq kot..

'dea' ni baik sikit..
salu tegur aq..
igtkan aq..
sopan skit laa..
sume intuisi yg baik tu, serah je kt 'dea'

tp, jasad yg lemah ni dah ter'suppress'kan 'dea'..
jasad ke? aku rasa nafs..

tinggalla aq..
aq ni, rebellious skit.
keras kepala..

aq rindu gak 'dea' ni kekadang..
huhu...

aku percaya...rmai je org yg rindu 'dea'..
aq sndiri pernah dgr org ckp cmtu ngan aq

hurmm......


Sunday, September 19, 2010 0 comments

umrah..OC..brubah.. 'dia'..

urm..

bz gile sbnrnye neh...
tp tangan gatal nak mencoret sesuatu. ikut je la..

(ak pn da muak tgk notes..huk2)

hurm..
segan plk nak tulis..
(pelik, segan pd blog sndiri?)

erm...
cmni..
semalam....sy tertengok gmba kwn..
gmba dea pegi umrah kot..
masa tu bosan...so, jejalan la kt fb org..

suddenly...mate ak mengumpulkan air2 suam dgn cepat skali..
last2...laju je dea jatuh..
huhu..

(aku terkejut! kaget pn ada..apesal neh..)
deep down, aku rs something..

it says..
"beruntungnye dorg...hu..muda2 lg dah g umrah...."
sblm tu, ade lg sorg kwn ak yg g umrah gak..
huu..
aku pn...ntah sempat ke tak..
ntah ckup pjg umo tak nk smpai sana..
ak..
ak..
aku nak pegi sana..
jejak bumi, d mana Rasulullah pernah ada..
susah senang baginda dulu..
ak nak merasai


then again, hari ni...kwn skola lame..(ta penah tegur pn kot..huhu)
tetibe tegur ak. ucap selamat hari raya kot...
haah..btol2...ucapan raye..
borak2 la sket..

 seingat aku..kat skola dlu...dea ni cam huha2 jgk la..
(ntah...aku ta fokus la plk kat sorg2 student lelaki.. almaklumla..ngah setia ngan org len kan..hak2)
laki len da tak pndang..
kerek pn..kerek laa..
;p

tp..tu r..pe yg aku igt psl dea ni
bdak kelas sains tulen je..bkn sains agama pon..

but..he seems so different.
(siap bg tazkirah lg kot..hohohh)
gembire btul aku tgk..kwn2 aku brubah jadi cmni..
aku plak rasa segan..

huhu..
aku tgk gmba2 dea..
(nk igt yg mane satu kan..)
tertengok la gmba dea kt OC..
hohohh...hebat! da smpai oc
(skali lagi aku kejelesan..)

brani btul..
pegi UK sorg2!
da la guna dwet sndiri
(rsnyela..)
dea ckp, satu sem JPA bg rm5000 lebih.
byknye...ntah saluran mana smpai dpt byk tu..
huhu

dea cter la..
kt sana, laen keadaannya ngan kt sini..
dari segi behavior Muslims
Kat sana...org berkejar2an nk solat jemaah..
sini..?
hmm....

dea ckp jugak...sorg lg kw aku, Deena..da mcm ustazah..
(tade la smpai pkai purdah o tdung labuh ke pe..)
tp, knowledge dea psl Islam tinggi...
(huu...skali lg aku salute...bagusnye kwn2 ak ni...Alhamdulillah...syukur...)

urm..
then..suddenly...dea bg hint...seolah2 dea nk g bwat umrah nex year..
org dwet byk kann..hehe. bley r..
(wawaaaa....aku kejelesann....sebak tetibe. Saat tu jugak air mate aku terburai..)
(teruk tak teruk ble ak jeles..huhu...jeles bnda baek...aci la kotnye..hohoh)

hurm..
nk pegi..
jugakk...

I'Allah..suatu hari nanti..aku akn g sana..
semoga usia aku ckup pjg utk tu..
aminn..

hurm...2-3 hari ni, aku sensitiv btol la..
kne cuit sket, nangis terus..
pe daa..
mnja...
(cam gedik je..huhu)

hurm..
ak bru je bwat something yg ak ta patot bwat smlm..
tp..bnda dah jadi..nk dikesalkan pn..tak guna.

hurm...hope..one day, they'll understand why I'm behaving like this
I'm sorry for all d kekasaran I did
da ckp..jgn force...jgn tanya bebanyak..
tnya jgk..tula yg jadinye

seriously, aku ta ske lgsg diri aku ble jd camtuh..
sbb tu aku salu mengelak..
aku tau ak akn jd emo..

hurm..
arini...ak byk kali jumpe 'dia'
ak tau..dia masih di situ..
mgkin dia tak pernah tinggalkan ak pn..
'dia' ade ckp ngan ak..
bg nasihat..

hurm..
mgkin dia da makin kuat..
mgkin ak da patut slow2 berundur..
let her take over again

huu...ntah la..
tatau nak pk pe
hohohh..

fenim..
nk pektis presentation plk la dehh

Saturday, September 18, 2010 0 comments

loss, raye, konvoi

nothing much to say. very limited time to write properly. 

raye kali ni? hm.. bolehh laa dkatekan best jgk. (not to offend anyone)
mengenai loss of my cuzin, pd 29 Ramadhan bru ni.. I'm so sorry 4 dat. A reminder, death can come to us at any time. Unpredictable. So, taubatla sementara maseh ada masa ni.. beringat la slalu. huhu

tp..untung arwah..terpilih utk pergi dlm bulan penuh berkat tu..huhu..
hope..famili dea tabah! terutamanya..a.Faizal..

hmm..
taon ni, raye kat perak. Umah baru dah siap kan..
ade la dlm 4 famili gak duk ctu.

best, kumpul rmai2. tehee..merapatkan silaturahim.
cuzin belah sana stylo2.. huhu..aku pon terikut gak sket2..

hmm..xde jalan sangat pn. sdare mara terdekat je. 

ari raye ke4 rasanya..balik dungun.
ohye, nak djadikan crita kan..masa otw to perak tu, boleh plak sy tertinggal speck kat RNR gambang. hohohh..seb bek pkai c.lens. kalu takk..braye tak bermata la aku. haha

(ala..sbb pkai bnda alah tu jgk la ak tertinggal speck ;p)

hmm..kt dgun..bese2 gak..
sumthing unexpected and rare berlaku..
(ta perlu la cter kot kt cni..huhu)

alhamdulillah, nothing bad berlaku.. selamat2 je.. huhu

taon ni...bdak2 skolah rendah buat konvoi, braye rmai2. 3 buah kete jgk..
(tp aku ta smpat join, dorg buat mase aku ta balik lg kt dungun nih..huk2)

ala2 reunion lah jugak kirenye. kepalenye, wani.. si comel imported from Manchester. hehe..
(bg la can kan..balik skali je stahun..hehe)

hrp bebudak ni buat lagi next time.. aku nak ikot gakk..huhu

ak smpat ikot sket je.. tetibe je plak tu.. 
pakcik Izaan n makcik Aida tetibe mai braye kt umah kan..
layan la kte neh..then, aku ikot skali braye kat umah Mai.
raye2..then, angkut Mai skali plak..g umah guru besar aku dlu, En. Dait. Anak beliau pn kwn ktorg gakk..

tp..tak terangkut plak Farihah tu.. hehe

then pegi umah Wan Nurul Hidayah n Hafizatul Akmal. Waa..mmg ni 1st time jmpe pas derjah 6 dlu. da brp taon ek? emm..9 taon? ish2..lame tuh..
then, smpat la jgk pegi umah Tasha. mak datin betul makcik tuh..ekeke

ktorg pegi braye ari rabu ta silap. huhu..

then, bncg2 sket...aku angkut la dorg pegi kenduri umah Kak Ida. Tak brani jgk nak drive sbnonye..huhu..jauh tu setiu. Tp, aku gagahkan jgk. Peta pn dah diterangkan Aboh.. Kte go on jela..

comel btol k.ida. siap ade berlian lg atas mate. hak3...kate zepi.."owoh..ade berlian2 atas mate, astaghfirullahalazim.." hak3..debok kene ctu se.. (lebih krg gtu la kot ayat dy..huhu)

yg naik skali ngan aku : Mai, Tasha, Farah n Sue. smpat la jgk singgah umah Farah, tumpang solat. Umah sue, ta smpat masuk..hehe...da lmbat la syg, t lewat plak smpai umah..

hm..tatau la nk ckp cmne. raye ni..ade kehilangan...ade jgk pemberian..ade pengalaman.. huhu..

ske gak skali skale jejalan cmni. bajet cam org beso2 je kan? konon2 bwk kete sdiri..haha..jejalan jauh2.. ngan kwn2.. (tp, kalu bkn skrg..ble lg kan? t tua2, komitmen laen plk..huhu..lg tade masa)

pepun..kena beringat jgk.. mcm ade satu lagu raya ni..ntah mcm mana liriknya..tp moral dy..

hari mulia gni, seronok....seronok jgk. tp, jgn dilupakan yg tiada. senang..senang jgk. tp, jgn lupe yg susah. ade masa kite hepi..ade mase..hepi tu kne tarik..mgkin pada saat yg tak tersangka mcm ni.
Monday, July 19, 2010 2 comments

A Prayer.

hm.. my sweet bestfren for life is sad. Why?

ni semua gara2 org yg terlebih caring pd dia. Geram ni..geram..

She's having a miserable life now. Ramai sgt yg suka dia. Caring.. kononnya. She's too soft to hurt anyone's feeling. She's too soft to let anybody down.

I don't envy her on this. I feel bad for her. She's just too innocent. Why those guys don't want to listen?

Aii..kalu la aku ni lelaki.. memang kena la mereka2 tu..huhu

Ingat seronok ke ramai admirers? Ingat seronok ke jadi fitnah gitu? Tlg la kesiankan dia..huhu..

If they're really caring for her...they shud respect her privacy. Give her room to breath. It's their caringness which hurts her.

Aaa...marah..marah...

I'm not soft as her. I speak it out lout..(write perhaps..?)

I don't like people keep on making her days sad, worrying about how to end those kind of stuff.

Ya Allah..lift up her spirit. Give her strength to face ur tests. I'll do anything to avoid her having the same thing I had. Please not..

Give her strength.. Give those guys a break from all this...

please...
Thursday, July 15, 2010 0 comments

about Luv - Van- Der


Tadi.. masa sy view desktop laptop sy ni... kebetulan, wallpaper gambar ladang lavender keluar masa tu..

(bila guna window 7, wallpaper dia boleh bertukar-tukar dengan sendirinya..macam-macam theme ada. suke. macam canggih je..huhu)

sy amati..

kalau sy berada kat ladang tu, tentu bau wangi semerbak yang menerewang ke angkasa dapat sy hidu. Lavender kan wangi baunya? Tentu habis melekat kat baju..

(imagine sajela...nak pergi..oh, xde pitish..)

Luas ladangnya. Tersusun rapi. Nak tanam lavender, ada teknik dia. Bukan tanam sebarangan. Baru nampak kemas..(dan mungkin, senang untuk dituai?)


satu ladang meng-ungu. Macam gambar tipu pulak. Macam mana warna ungu ni boleh ada? Dari mana warna ungu tu datang? Xde pun orang yang nak tanam pokok lavender curah pewarna ungu masa mula-mula nak tanam pokok tu. Macam mana pokok tu tahu, Warna ungu tu, hanya untuk warna bunga..bukan batang atau daun..(ada daun ke?). Katakanlah, mungkin gene yang tetapkan pokok tu akan jadi warna macam tu.. So, siapa yang bagi isyarat pada gene, untuk bertindak begitu? Macam mana gene tu tahu, dia kena buat macam tu?

Bau wangi tu pulak. Dari mana datangnya? Rasanya, takde pun orang curah pewangi masa mula-mula nak tanam pokok tu. Kekal pulak tu baunya. Macam mana pokok tu kekalkan bau dia?Siapa yang bagi ilham pada pokok tu, supaya mengekalkan kewangian dia? Siapa yang ajar pokok tu macam mana nak kekalkan haruman dia?

(ni sebab terpengaruh dengan persoalan-persoalan Tamlikha dlm kisah Ashabul Kahfi la ni.. nak tahu macam-macam..)

Tentu ada satu orang..err..maksud saya, bukanlah orang. Tapi, satu kuasa.. yang mengatur semua ni. Mana boleh ada banyak-banyak kuasa, nanti kucar kacir jadinya. Mesti hanya ada satu kepala.

=)

Siapa lagi... Dia Yang Maha Esa la. Allah... Yang mengatur segalanya di atas Arasy..

Persoalan-persoalan macam ni, dah banyak kali kedengaran. Cuma, tibe-tibe je, sy tertanya diri sendiri.. Tambahan pula, diri ini sememangnya mempunyai curiosity yang tinggi. Bagus ke, ade perangai macam ni? huhu....kadang-kandang curiosity yang melampau tinggi, boleh buat saya rs terdera dengan perasaan sendiri. Selagi tak dapat jawapan yang memuaskan, sy akan korek sampai dapat. hehe... Kalau tak dapat jugak..hm.. kuranglah level ketenangan sy :p
Sunday, July 11, 2010 0 comments

isra' mikraj

Rentetan..

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LAH HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..
 
;