Saturday, July 10, 2010 2 comments

untuk dia,,



msg ni.. utk dia.
dia yang saya tahu, sangat menghargai saya.
sebab itu, saya langsung tak teragak untuk turut menghargai dia.
sepenuh jiwa saya..

saya ingin berterima kasih padanya..
kerana selalu ada untuk saya..
bila saya perlukan dia..
biarpun sibuk.. dia tetap sudi meluangkan masa untuk saya..

mendengar segala kelemahan saya..
saat-saat saya jatuh.. dia bangunkan saya..
tanpa jemu..
biarpun hari-hari mendengar luahan yang berkisar pada kisah sama..

Ya Allah.. terima kasih kerana menghadirkan dia dalam hidup saya..
sama sekali saya tak akan meninggalkan dia..
sama sekali saya tetap akan bersamanya..
saya janji.. selagi nyawa masih dalam jasad saya..

Ya Allah.. izinkan diri ini memberi kebaikan pada dirinya..

Izinkan kami bertemu semula di syurgaMu..
Sedikit pun aku tidak mahu merasai kehilangannya..

Jika sepanjang hidup saya dapat selalu bersamanya pun..
saya sudi..

Terima kasih sekali lagi..kerana hadir dalam hidup saya..
Dia tidak akan selamanya lihat saya lemah sebegini..
kerana dia tentu tak gembira

...

kepada dia.. jangan risau.

saya akan bangkit semula!

dia..sahabat dunia akhirat..
Friday, July 9, 2010 0 comments

back home

jauh..dan luas.. dan kosong..

(post semalam)

baru saja pulang dari Tasik Kenyir. Dalam jam 6 lebih saya tiba di rumah.. sedikit mengeluh..

...

pagi Khamis, saya sekeluarga bertolak ke Klinik Kesihatan Dungun. Peserta dikehendaki berkumpul disitu, dan kami bertolak ke Kenyir bersama-sama. Harapan saya untuk program ni, bukanlah sekadar memancing. Saya pun tiada joran untuk memancing. Saya berharap sedikit-sebanyak saya dapat meredakan perasaan saya yang sarat tekanan. Melihat alam.. ketenangan tasik, diam sang hutan.. mungkin akan banyak membantu. Saya benar-benar mahukan ketenangan. Mahu lari.. Untuk saya menghadapinya setakat ini, saya rasakan seperti sengaja menikam diri dengan pisau yang tajam.


lokasi kejadian

Semuanya berjalan lancar.. sampai saja di jeti, kami semua bertolak ke lokasi yang terletak berdekatan Taman Negara. Dua bot besar. Satu untuk peserta lelaki, dan satu untuk peserta perempuan.

dari jeti

tiada lagi daun bersama mereka

err..titanic?



indah si alam..

4 jam tempoh perjalanan ke sana. Lama. Saya sempat tidur.. setelah asyik melihat buih-buih putih ombak yang dihempas bot. Hanyut seketika. Lupa segala masalah. Tenang. Terawang..

tapi.. tenangnya tidaklah lama. Dan saya cuba ingatkan diri saya.. saya datang ke situ, untuk melupakan masalah saya. Saat itu jugalah... perkara itu datang menimpa-nimpa. Saya cuba lari lagi. Cuba sibukkan diri. Memancinglah kononnya. Ada bbrp joran, pak cik bot yang buatkan. Buat dari batang pelepah daun.

(bukan dapat pun ikan. Yang paling hampir pun..nampak la ikan tu duk makan umpan. Bila tarik, tak dapat pun. Abah cakap ikan kecil sangat. Mungkin sebab itu payah nak dapat)

Tapi, bila jala ditebar.. banyak juga yang lekat. Paling besar pun, setakat besar tapak tangan saja. Tp, Alhamdulillah..dpt juga. Ada peserta yang pergi naik fiberglass, sejenis bot laju yang kecil. mungkin mereka pergi kawasan lubuk ikan, so..byklah ikan yang mereka dapat. Antaranya ikan toman, lampam, haruan, kelah, ubi, belida.. sebarau..hm..ape lagi..

Paling besar, ikan toman. Sebesar lengan lelaki dewasa. Hitam legam ikannya. Kepala sahaja dah sebesar kepala Iju..huhu

Ikan Toman hitam

kami semua masak sendiri. Sudah tentu, peserta perempuan lah yang akan masakkan. Bila bosan menunggu ikan yang banyak, tapi tak tertangkap oleh joran, ada yang pasang CD. Fuh.. atas bot pun ada CD player, ada speaker besar lagi. Botnya buruk je...hehe

Malam itu, saya tidur awal. 10.30 dah syahid. Or..at least cuba untuk syahid (tidur). Sangat mengantuk, tapi suasana dingin yg mencengkam salur-salur darah di kaki membantutkan usaha untuk tidur. Pusing sana, pusing sini. Selimut tak ada. Cuma, sehelai tuala yang lembap. Sekejap-sekajap terjaga. Alih-alih..dan pukul 6 lebih. Bangun je la..

Sempat la menjala beberapa kali pagi Jumaat tu. Bukan saya. Pak cik bot tu.

Then kami bertolak ke Gua Bewah. Kononnya, tempat pertama manusia mula tinggal. Tak ada apa lagi peninggalan disitu. Mungkin telah diambil dan diletakkan di muzium. Hanya ada bekas-bekas kajian dan arkeologi.

Overall..tempatnya cantik. Tasik kenyir cantik. Cantik sebab jauh dari manusia..

Saat on the way balik ke jeti tadi, saya rasa berat. Terdetik juga dalam hati. Mahu saja terjun dalam tasik itu..berenang ke hutan. Bina hidup baru. Jauh dari dunia zaman kini yang banyak membawa pengaruh buruk. Saya benar-benar mahu berseorangan.

Setelah jauh berangan, saya tersedar. Itu bukanlah apa yang betul-betul saya akan lakukan. Tak dapat tidak..saya mesti hadapi..

Terdetik lagi..

ya Allah.. salahkah permintaan aku itu? Salahkah aku menginginkan kebaikan untuk hidupku? dan..salahkah aku untuk terus komited pada harapan aku itu? Jika benar apa yang aku telah ku ketahui sekarang ini.. aku minta.. hilangkanlah saja ia dari ingatanku. Untuk aku melupakan ia.. bagiku..benar-benar mustahil. Bagaikan sebati dalam darah ku.. seluruh pelusuk nyawaku.. Hilangkanlah.. keseluruhannya dengan kekuasaanMu.. aku benar telah tiada upaya..

Ya..itu yang terdetik. Salahkah terdetik begitu? Saya sungguh lemah dalam hal ini.. Tak daya untuk saya ikhtiarkan sendiri.

Mujurlah ada teman yang sudi menemani. Menghibur di kala sayu menyelimuti diri. Nasihat tak pernah kering. Biarpun ayat-ayat yang sama diulangi.

Itu yang benar saya perlu. Teman yang tegar menarik saya dari jurang duka yang berpanjangan.

sayonara Kenyir.. thanks for relieving me a bit..
Wednesday, July 7, 2010 2 comments

Jom Memancing!

mcm ni ke memancing?

oh.. esok, saya dan keluarga saya akan ke Tasik Kenyir. Tempat Umi kerja ada anjurkan program memancing. Family day kot. Dengar-dengar tidur atas boat. Entah la, saya pun belum dapatkan detail-detail perjalanan hari esok macam mana.

Bunyinya seronok. Memancing? Umi kata dia terer memancing masa kecil-kecil dulu. Orang Perak la katakan, duduk suasana kampung.. main jeram, sungai semua. Kita tengok je la nanti macam mana. hihi..

Abah pun, pernah jugak ikut kawan-kawan dia memancing. Tapi, habuannya...hehe..sikit je. Last2, kawan dia jugak yang bagi pada dia untuk bawa balik rumah..

Saya pulak..aduhh... malu nak cakap. Betul-betul saya tak ada bakat untuk memancing. Dulu, masa orientasi UMT, ada la juga program memancing di Pulau Bidong. Hanya guna tali 'tasi' dan mata kail. Umpannya, cebisan sotong.

Kawan saya, yang betul2 duduk tepi saya..bukan main byk ikan yg dia dapat. Saya, haram seekor pun tak mengena. Sedih.. sedar2.. umpan dah takde. Sedang kawan kat sebelah ni.. lepas sekor...sekor...dia dapat.

saya terasa sungguh dengan ikan-ikan itu. huhu..

Mungkin sebab saya tak dapat nak bezakan..bila tali pancing bergegar.. sama ada disebabkan ikan, ataupun ombak. huhu.. Yelah, memancing tengah laut..kuat lah ombaknya..

Itu mengenai kawan sebelah kiri saya. Sebelah kanan pula..nasibnya lebih kurang saya jugak. Cuma, dia lagi teruk. Dia mabuk laut. Muntah2..(muntah mee yg ktorg mkn pagi tu..huk2)

Tak lalu saya tengok dia muntah. Takut berjangkit. Tapi, alhamdulillah..sampai sudah..takde pun muntah2. Kiranya, bukan jenis yang mabuk laut la kot...huhu

Tapi..saya mabuk kereta. Especially, bila naik kereta di siang hari..dan travel jauh2..macam travel untuk balik Perak. Masuk je kereta, terus lentok. Senyap, tak kata apa-apa. Tidur..

Memang tak tahan.. sebab itu juga lah, saya kurang ingat jalan. Orang tanya saya, lalu jalan mana.. memang saya tak ingat..sebab tidur je keja dlm kereta. huhu..

Cuma, sejak akhir-akhir ni, dah ok sikit. Sebab ada cuba bawa kereta sendiri. Err...salah ayat. Bukan kereta saya. Saya mana ada duit nak ada kereta sendiri..huhu..
Kereta ayah la.. Kereta ayah kawan juga.. huhu

Saya jenis malas nak keluar rumah, bukan macam adik saya. Dia dah bawak kereta tu, entah ke mana-mana. Memang sangat jarang la bawa kereta saya ni. Penakut sedikit, nak dibandingkan dia.

(haih..bukan nak cerita pasal kereta ni..)

I'Allah..esok pagi bertolak. Moga, kurang-kurang..dapat lah seekor dua ikan. Kalau tak dapat jugak, kompem.. trauma nak memancing dh lepas ni. Orang kata, memancing bergantung pada nasib. hm..ye ke? Kalu dah rezeki Allah nak bagi, dapat la..kan..huhu

(nak memancing segala bagai.. repot LI tak siap2.. hm...)
0 comments

tentang astro..(yg bukan milikku..huhu)

hari ini, saya terasa ingin menulis lagi. Cuba mem-busy-kan diri.

Sudah dua malam saya berada di rumah nenek saya. huhu.. Beliau merungut, cucunya ini cutinya sebulan lebih, tapi takde pun nak jenguk2 dia.

-_-"

Rumah Nenek ada astro. Pak sedaraku yang punya. Suka juga. Ada AXN, ada hallmark.. ada NGEO.. ada juga oasis..

Sekarang kan, ada program Imam Muda. Tertarik juga untuk sy tgk. (tp, tak sempat tgk pun.. tgk iklan dan kapsul je..)

lagipun, mana nak sempat, asyik layan CSI, Leverage, The Biggest loser, NCIS, national geografic... dan cerita-cerita lain lagi. Nak buat macam mana, rumah saya tak ada astro. Cukuplah sekadar tv1, tv2, tv3, 8tv dan tv9.

saya suka cerita2 sebegitu. investigative, dan memaparkan perancangan strategi yang licik, dan kelihatan smart pada jalan ceritanya. Cerita tentang haiwan dan alam juga menarik. Mengetahui sedikit sebanyak tentang makhluk lain yang turut berada bersama kita atas planet ni. Informative. Reality show yang paling saya suka bila saya ada di rumah nenek saya itu.. the biggest loser. Awal-awal, bukan main gemuk (jangan merah ye..), tapi di akhir rancangan.. fuhh, slim bukan main. Mantap2 gitu.. hehe..

bagi saya, rancangan tu bukanlah sekadar rancangan menurunkan berat. Apa yang saya lihat, full determination untuk kurangkan berat tu sendiri. Termasuk juga semangat setiakawan. Bukan senang nak berlari, atau mendaki..dengan badan yang berat sebegitu. Tapi, kesungguhan dan keinginan, mengatasi segalanya. Tambah pula dengan dorongan ahli kumpulan.

oh..boleh jadi terharu saya menontonnya. huhu..

Serius saya katakan, saya tak teruja pun untuk menonton rancangan seperti Akademi fantasia. Rancangan sebegitu yang saya ikuti pun, hanyalah Mentor, sebab ditayangkan di tv3. Kalau tak, kompem tak tgk jugak. huhu..

Dulu2..suka juga buka saluran ANIM. tapi, Pak Sedaraku itu mungkin dah tak subscribe. So, takleh nak buka. Takpelah....tgk je la, mana yang ada..

Entah la, apa yang nak saya sampaikan sebenarnya dalam entri kali ni..

(blurr......)
Tuesday, July 6, 2010 2 comments

from fb..to possibilities..huhu

assalamualaikum wbt..

Seperti biasa, tiadalah lain yang saya coretkan.. hanya perkara-perkara yang datang menimpa kotak fikiran.

Beberapa jam yang lalu, saya melawati Facebook saya. Tiada yang menarik saya temukan. Mungkin kerana terlalu kerap log in. Saya lawat profile kawan-kawan. Post-post yang lama juga saya buka. Tertarik untuk mencuba aplikasi kuiz yang ada. Dulu, selalu juga saya mencuba. Saja, mahu main-main. Mungkin tak semuanya betul. Kurang-kurang saya terhibur.

Apa saja kuiz yang kelihatan menarik di mata saya, saya cuba. Antaranya.. "what is your biggest weakness", "what kind of girl are you", "what are you hiding", "how loyal are you", "how fake are you" dan pelbagai lagi..

Semuanya mengenai keinginan untuk mengetahui mengenai peribadi sendiri. Adakah saya masih tidak kenal diri saya? Saya ni, sebenarnya bagaimana...?

Kenapa saya nak tahu..apa kelemahan saya yg sebenar? Kenapa saya nak tahu...saya ni, perempuan yang macam mana? Kenapa saya nak tahu..apa yang saya sembunyikan..?

Selama ni, saya tak tahu ke, diri saya ni macam mana? Selalu jugak dengar.." sendiri punya badan, takkan saya tak tahu..usahkan orang lain.."

Betul ke? Kadang-kadang.. apa yang kawan-kawan cakap mengenai saya, ada juga betulnya. Saya sendiri pun tak perasan..

Maknanya... saya sendiri tak tahu diri saya ni macam mana ke?

(aduh..pening2...)

Saya rasa..sebenarnya, dalam hidup ni.. kita masih mencari-cari (saya la..).

Cari apa? entahlah.. Cari tujuan hidup? Cari.. orang yang bagaimana kita patut jadi?

Bukankah..sebagai orang Islam..kita hidup untuk beribadat kepadaNya? Ada dalam al Quran..

Kalau nak suruh beribadat je.. kenapa kita ditemukan dengan pelbagai jenis ujian? Tidakkah mengganggu?

Hm..mungkin sebab kita selalu sangat lupa pada Dia. Terpesona, terpedaya...terikut.. dengan dunia. Pernah dengar juga... Dunia ini, umpama permainan. Memang mengasyikkan.

Tapi..dunia yang ini, tak kekal. Pejam celik.. (pejam balik).. dah terbaring. Disolatkan orang.

Sebab tu, kalu Dia masih sayang.. Dia bagi juga peringatan. Tak dibiarkan begitu saja.

Tak pun, mungkin dah terlalu banyak dosa. Dia nak bersihkan kita. Kifarah dosa..yaa..itu termnya.

So, kenapa nak cari lagi? Bukankah dah jelas tujuan hidup tu apa?

(",)

Misteri sungguh sesuatu yang bernama kehidupan ni. Agendanya, hanya Allah yang tahu. Masa depan kita pun.. takkan terjawab. Unless, kita dah pun berada pada masa itu.

Mungkin suatu hari nanti, saya akan tergerak hati membaca entri ini.

Mungkinkah masa itu.. saya sudah mempunyai kerjaya tetap? Mungkinkah..sudah berkeluarga? atau..mungkinkah.. saya akan membuka entri ini, ketika saya dikelilingi cucu-cucu yang comel? hihi..

(tidak mahu membayangkan kemungkinan yang buruk...cuba bersikap positif pada ketetapan Allah..)

segalanya hanyalah kemungkinan. Mungkin juga saya tak sempat pun nak buka balik entri ni..

saya mungkin berjanji...pada diri saya, untuk terus improve dalam kehidupan. Mengkin akan terjadi sesuatu.. yang mematahkan semangat..dan saya terus jatuh.. Dan, Mungkin juga tidak begitu.

Mungkin diri saya terlalu berharap untuk pergi wedding senior saya tu. Mungkin juga, hajat itu tak kesampaian..ada saja halangannya. Tapi, mungkin juga saat akhir, dipermudahkan cara? Mungkin juga tidak..

Mungkin saya telah berjanji pada diri saya..untuk memilih seseorang. Berkeras untuk setia hanya pada pilihan itu. Mungkin hajat saya itu tak diperkenankan Tuhan. Mungkin saya dipertemukan pilihan. Mungkin juga, sekadar ujian. Goyah, atau tidakkah saya ini. Mungkin janji itu tak patut pun dibuat. Tapi, mungkin juga tidak..

Segalanya mungkin. Kemungkinan-kemungkinan ni, semuanya realiti. Dan segalanya, ada hikmahnya.. ada kebaikannya, paling tidak..pada diri sendiri.

Tapi..bagi saya, tentulah kita perlu mempertahankan apa yang kita fikirkan. Berusaha, untuk merealisasikan kehendak kita. Apa yang kita mahu.

Sudah tentu, Tuhan tak suka orang yang menyerahkan segalanya pada Takdir, tanpa berusaha. Bukankah begitu juga dengan konsep Tawakkal? Sebelum berserah padaNya, hendaklah berusaha sehabis daya. Bukankah begitu?

Saya bukanlah sesiapa pun, nak bersyarah.. nak berceramah itu dan ini. Saya sendiri banyak dosa, banyak kelemahan..(setakat yang saya tahu la..yg tak tahu?). Semua ni, saya tulis berdasarkan pendapat saya. Apa yang saya fikirkan..

Hanya sebagai orang yang biasa..
Monday, July 5, 2010 0 comments

.permintaan.

Tuhan.. lindungiku dari putus asa....
Sunday, July 4, 2010 0 comments

mental torture

do you ever feel....

that guilty keeps on haunting you..
when you do something bad..

and you couldn't stop yourself from regretting..
about what you have done..

and knowing.. you couldn't do anything in your power to fix it..
even begging for forgiveness will do no good..

you tried so hard to let it go..
but, your body couldn't even follow your thoughts..

as if, your body..your soul..they are divided into two..
which couldn't go along with each other..
not anymore now..

and all this keeps on repeating... living together with you..
you can only go on with it..
like.. your life is a greatest torture for you to bare..

your life.. as it is now.. is no more happier like it used to be...
you tried to distract yourself..
succeeded for a while,
but it'll still haunt you back..when such distractions gone..
(and you can't keep on distracting yourself..)

your thoughts... only fills with regrets... disgust.. and grief... and guilt..
they blamed you.. don't care what ever condition you are in..

still, you can do nothing about it..
cause you already tried hard..
and nothing seems to help..

and..

without stopping, all these keep on haunting you..
as long your eyes are open..

as long as you have breath to live


everyday

 
;