Tuesday, September 1, 2009

Untuk Dia yang Aku Sayangi...

Ya Allah... Aku begitu kasihan melihatnya..
Mendengar khabar darinya juga membuatku gusar..
Bukan rimas..
Bukan juga membebankan... tp,

Bimbang.

Janganlah Kau bebaninya dengan sesuatu yang..
Tak tertanggung olehnya..
Kau kurniakanlah kesejahteraan dalam kesihatannya..
Kau berikanlah kesejahteraan dalam agamanya..
Permudahkanlah segala urusannya...

Aku bermohon padaMu Ya Allah..
Kerana aku begitu sayang padanya...
Sungguh, Engkau lebih tahu apa yang tersimpan dihati ini.

Aku tak meminta upah atas kasih sayang ini..
Begitu juga dengan habuan..
Kerana aku ikhlas mengasihinya..
Dan aku amat berharap dapat bertemu dengannya..
Bersama-sama ke SyurgaMu..

Ya Allah...Ya Allah...
Permudahkanlah apa jua yang terbaik untuknya..
Kerana dia sahabat yang aku cintai..
Sungguh-sungguh aku cintai..
DUNIA AKHIRAT...
Amin.

0 comments:

Post a Comment

 
;