Thursday, December 17, 2009

Hijrah 1431..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum wbt..

Maghrib tadi menandakan kedatangan tahun yang baru dalam kalendar Islam.
Dah masuk tahun 1431..
Masuk sem baru..
Dengan azam baru..

Maghrib tadi, tinggal aku dan Kak Niza saja di rumah. Yang lain sudah berangkat ke Daurah Murobbi. Kak Niza baru pulang mengajar tusyen, dan dia pergi seusai Isyak. Aku pula, tak dapat mengikuti daurah itu, atas sebab tertentu..

Aku tak dapat Iqamat dengan lancar. Saat bibir mengucap "Ashadu an la ila ha illallah..", aku jadi sebak. Terbayang amalku sepanjang tahun lepas. Tahun 1430.

Maghrib tadi..aku solat berteman air mata. Terbayang dosa2 yang telah aku lakukan.. yang sengaja atau tidak, yang kecil atau besar.. Terasa begitu kerdil dan kecil aku di hadapanNya.. Terasa bahawa aku terlalu lupa untuk mengingatiNya sepanjang aku meminjam nyawa yang diberikan.. Terasa hina sekali untuk menagih keampunan daripadaNya...tidak tahu, apa yang dapat dijadikan bekal untuk hari itu..

Aku terlalu berdosa.

Namun, Alhamdulillah, aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk hidup hingga saat ini. Masih diberi kesempatan untuk memperbetulkan apa yang salah..

Aku juga bersyukur dengan keputusan peperiksaan yang diperoleh. Walaupun agak mengecewakan, aku pasti ada sesuatu yang lebih baik Allah rancang untukku. Mungkin jika aku tidak diuji sedemikian, aku tidak akan merasai 'rasa ingin kembali' seperti ini..

Ya, aku yakin ini hikmahnya..

'...Ya Allah, telah kau berikan peluang ini untukku. Aku sangat berterima kasih kepadaMu. Aku terlalu hina untuk meminta keampunan dariMu, namun..pada siapa lagi aku bisa mengadu Ya Allah? Aku harap Ya Allah, jika Engkau masih sudi memandang padaku..mendengar doaku ini, maka.. teguhkanlah hatiku untuk terus mengingatiMu.. Aku terlalu lemah, terlalu rapuh dengan keindahan dunia. Aku merasakan tidak layak meminta2 dariMu, tapi aku masih mengharap agar Kau rahmati teman2ku, orang tuaku, dan semua muslimin serta muslimat di bumi ini. Kau bimbinglah mereka, berilah peringatan jika mereka terlupa dan jadikanlah mereka manusia yang berguna.. Ya Allah, aku tahu Engkau masih menyayangi aku..kerana Engkau Maha Pengampun segala dosa..'

teringat pula kisah Qaniah dan Dr Muslih setelah di-refresh oleh kak niza.. atau seperti yang org kata..kisah penulisnya itu ..
bahagianya mereka. Iman kedua-duanya sangat mengkagumkan..padanlah dengan keteguhan 'Qaniah' yang begitu menjaga maruah diri selaku seorang muslimah.. dan Dr Muslih pula, begitu sabar dan tegar menjauhi hubungan di luar syara'.

Aku pula? layakkah aku memperoleh teman sebegitu? Yang tegar membimbing aku aku bila tersasar, yang sabar menuntunku ke jalan yang diredhaiNya? Ya Allah, janganlah Kau hadirkan kekurangan dan keburukanku dlm keturunanku.. biarlah mereka jauh lebih baik daripadaku..

'Ya Allah..Aku cuma mampu berdoa..Terserah Engkau menentukannya. Aku redha, kerana Engkau lebih tahu apa yg terbaik buat hamba2Mu.. semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya.. Amin.'

0 comments:

Post a Comment

 
;