Monday, November 1, 2010

kisah cinta Rasulullah dan Aisyah r.a ^^,


semalam sy tidur lambat lg.
huhu..

syok dgr ceramah 'kisah cinta Rasulullah dengan Aisyah r.a'
dah lama ada dalam laptop ni, tp tak terdengar..huhu

fuuhh...romantik!
sweet~
(bikin makin tak sabar nk kawen je)
hehe

we all know yg Aisyah kahwin ngan Rasulullah masa umo 6 tahun kan?
stat duk bersama masa umur 9 tahun..
dan Rasulullah masa tu..40 lebih (kalau slh sila betulkan)

sy nak cter la sikit mana yang saya igt

ni kisah cinta betul tau.
bukan novel, cerekarama, sinetron dan sebagainya..
bkn mcm romeo n juliet..
qaish dan laila..
dan bermacam lagi lah alkisahnya..


tak ikut kronologi yek..
hehe

untuk pengetahuan anda2 semua..
aisyah itu paling kuat cemburu berbanding isteri2 Rasulullah yg lain
juga paling muda

Babak 1:

ada suatu hari tu, ada sahabat yang memasak.
sahabat itu mmg pandai memasak makanan yang enak2
dimintanya Rasulullah untuk merasa makanan tu..
dijemputnya Rasulullah ke rumahnya..

Rasulullah bertanya..
"ini bagaimana?" sambil mengisyaratkn Aisyah di sisinya..
sahabat jawab
"hazihi la." mksudnya.. dia tidak.

Rasulullah pun jawab
"wa ana la." : saya pun tak nak..

sahabat pun balik..
tp, dy datang semula ke rumah baginda.
ajak lagi..

Rasulullah tanya lagi.
"ini bagaimana?" masih lg mengisyaratkan pada Aisyah..
sahabat itu masih dgn jawapan yg sama..

Rasulullah terus menjawab
"sy pun xnak"

3 kali sahabat tu ulang alik, tp rasulullah masih menolak
sebab tak diajaknya Aisyah sekali..

last2, barulah sahabat mengalah..
dijemputnya sekali Aisyah
setelah sahabat tadi pulang,
Rasulullah dan Aisyah bergegas bangun

sambil dorong-mendorong
"ayuh, kamu dulu.. kamu dulu"

hehe..sweet kan?

Babak 2:

ada lagi..

suatu hari, Aisyah masak sesuatu.
nak diberikan kpd Rasulullah
masa tu, Rasulullah di rumah Saudah, kerana giliran baginda di sana

maka, Aisyah pun bawa makanan tadi ke rumah Saudah

sesampainya di rumah Saudah, Aisyah berkata..
"kuuli..kuuli" (makan..makan..)

tp Saudah geleng2 kepala.
Saudah taknak makan masakan Aisyah tu..

Aisyah mulai marah..
kan Aisyah paling muda, tentu darahnya darah muda.
cepat marah..

"Kuuli ya Saudah!" (makan ya Saudah..makan.)

Saudah masih menolak.

sampai Aisyah makin marah, lantas dia berkata dengan keras..

"Kamu harus makan!"

"Tidak" kata Saudah.

"Kamu harus makan hai Saudah, kalau tidak saya lumuri muka kamu dengan makanan ini"
di ancamnya Saudah.


tetapi, Saudah tetap tidak mahu makan.

Habis kesabaran Aisyah.
dimasukkan tangannya kedalam makanan tersebut, lalu dilumurinya muka Saudah dengan makanan itu.

Rasulullah tertawa melihat kejadian itu.
Rasulullah cuba menghalangi pintu, agar Aisyah tak dapat lari.

Rasulullah berkata..
"Saudah, bangun.. bangun, balas..Lumuri pula mukanya!"

Saat itu, Aisyah dah tak dapat melarikan diri.

Saudah pun turut memasukkan tangannya ke dalam makanan tersebut, dan melumurinya pada muka Aisyah.

Aisyah pun kembali membalas lumuran tersebut.


Rasulullah tertawa melihatnya.

Aisyah yang mulanya marah, sudah hilang marahnya..

Saat mereka sedang asyik bermain, tiba2 Rasulullah terdengar suara Umar

Rasulullah mengira Umar mahu masuk, maka dengan segera disuruhnya..

“bangun2..cepat cuci muka kalian..”

=)

Tak pernah tahu pun kan, sampai macam ni keluarga baginda.

Rasulullah juga manusia biasa, terbuka.. tidak membuat sebuah keluarga tegang.

Babak 3:

Satu lagi kisah..
Pada suatu hari, ada orang bermain pedang di dalam masjid.
Rasulullah bertanya kpd Aisyah

“Engkau mahu melihatnya?”

“ya, saya ingin melihatnya ya Rasulullah..”

Lalu Rasulullah membawa Aisyah ke pintu rumah mereka..
Rasulullah berdiri di hadapan, dan Aisyah di belakang.
Aisyah menongkat dagu pada bahu Rasulullah, dan pipinya menyentuh pipi baginda

Hehe
(sweet~)

Lalu Rasulullah bertanya
“sudah cukup belum?”

“belum. Sabar ya Rasulullah. Jgn tergesa-gesa.”

Mereka masih menyaksikan lawan pedang itu

Rasulullah bertanya lagi..

“sudah belum?”

“belum. Usah tergesa-gesa ya Rasulullah..”

Sampai beberapa kali baginda mengulang tanya..

Akhirnya Aisyah menjawab..
“ya, sudah.. Ya Rasulullah..”

Aisyah menyambung..
“sebenarnya saya tak ingin pun melihat orang2 bermain pedang. Tapi saya ingin wanita2 muslimah itu tahu, ingin orang lain tahu bagaimana kedudukan saya di sisi Rasulullah dan kedudukan Rasulullah di sisi saya.”

 Hehe.. itu pun kerana kuatnya cemburu si Aisyah. Maklum sajalah, Rasulullah..siapa yang tak suka. Muslimah mana yang tidak minat..
Aisyah tak minat pun tengok main pedang tu..itu saja motifnya.

;)

Babak 4:

Ada lagi..
Awal-awal lagi sy dah bgtahu kan, Aisyah itu paling kuat cemburu. Selalu memperlihatkan kecemburuannya pada Rasulullah di hadapan isteri-isteri baginda yang lain.

Pernah.. suatu ketika..
Aisyah kehilangan Rasulullah, sedang waktu itu tiba giliran baginda di rumahnya..

Aisyah curiga..
Bimbang suaminya itu pergi ke rumah salah seorang isterinya.

Lalu diintipnya ke rumah2 mereka, tp..tetap ketemu.

Lalu dia pulang..
Rupanya Rasulullah di rumahnya, sedang sujud kpd Rabbnya..

Aisyah ternyata rasa bersalah kerana cemburunya yang berlebihan itu.

Babak 5:

Lagi kisah cemburu Aisyah..

Suatu malam, ketika baginda Rasulullah di rumah Aisyah..
Zainab datang..

Rasulullah meraih tangan Zainab, mahu bersalaman dengannya..

Aisyah seraya berkata..
“Hazihi Zainab....Hazihi zainab...”
(itu Zainab tu..Zainab tuu..)
Kira macam warning la..hehe

Aisyah jealous.

Rasulullah pun terus tak jadi bersalaman dengan Zainab.
Sedar akan kecemburuan isterinya itu.

Apa lagi, Zainab pun marah la..
Kerana si Aisyah, Rasulullah tak jadi bersalaman dengannya

Akhirnya dia marah pada Aisyah.. Aisyah membalasnya..
Bertegang urat seketika..
Keluar kata-kata yang tidak enak didengar..

Saat itu, Abu Bakar (bapa Aisyah) melalui rumah itu..
Terdengar suara puterinya sedang bertengkar dengan isteri Baginda yang lain..
Marah dia..
Puterinya itu cari pasal lagi..

Saat itu, iqamah sudah berkumandang. Abu Bakar berteriak, memanggil Rasulullah

“Ya Rasulullah,keluar.. ayuh kita solat! Suapkan tanah ke mulut mereka itu.
Sudah..sudah.. suapkan saja tanah ke mulut mereka itu..”

 kerana mereka bertengkar gara-gara cemburu..

Mendengar saja suara Abu Bakar, Aisyah terus diam. Takut.

Selesai saja solat, Abu Bakar terus ke rumahnya.. marah padanya.
Aisyah hanya mampu terdiam mendengarnya..

Huhu..

See..Rasulullah takde pun nak marah2. Baginda sabar saja.

Ditegurnya di lain masa..

Ada lagi..tp, cukuplah sekadar ini dahulu. Kalau mahu cerita semua, tak habis satu hari.
hehe

p/s: sumber dikupas dari kitab dan hadis2

5 comments:

basikalhijau said...

like it

nAm!z said...

waaa..best la crite nie..letak la lagi crite2 cmni..kish nbi dan aisyah..ana suke bc,,ralit laa

Yuyu Richii said...

cute :)

nadilahfebryana said...

Cool saya suka^^ from indonesia wl

Anonymous said...

please merayu , sambung la lagi

Post a Comment

 
;