Wednesday, September 30, 2009 0 comments

the moon I saw...

Ha....for YM-ers, mesti tau saya ckp pasal ape.
Ni la dia gambar bulan yang saya ajak korang sume tgk td.
ops..ni bukan gmbr dia, cuma mcm ni la(curi kat google je ni)..can't take d pics coz kamera hp buat hal.

kat ostel dgr2 sume pakat tgk rmai2..
saya duk umah, tgk sorg2 je la...huhu


it's bird!
it's an aeroplane..
no! it's what we call halo.

Both the sun and moon have "halo" affects when there are clouds high enough in our atmosphere (like about 20,000 feet or so).

What happens is the clouds freeze in the cool temps and the light passing through them is diffracted (I think that's the right word) as it would if passing through a prism.

From your perspective on the ground, you'll see the light giving off in all directions equally, so it will look sort of like a rainbow circle around whatever the source is.
Friday, September 18, 2009 0 comments

takut tak sempat.....


ni ada sedikit buah tangan untuk korang.....=)
0 comments

Tahajud : Apakah perlu tidur dahulu?

Quote:
Assalamualaikum w.r.t Ustaz,
Saya mempunyai kemusykilan dalam perkara solat tahajjud. Ada sesetengah buku mengatakan bahawa solat tahajjud hanya boleh dibuat setelah tidur selepas solat isyak (samada lama atatu sekejap) , jika tak tidur tidak digolongkan di dalam golongan solat tahajud manakala ada sesetengah pendapat dalam buku lain pula mengatakan selepas solat Isyak boleh diteruskan solat tahajjud.
Boleh tak ustaz mengulas perkara ini dan kalau tidak menjadi keberatan, bolehkah ustaz memberi penjelasan cara solat tahajjud rasullulah s.a.w serta para sahabat atau ulama/imam yang terkenal dan kelebihan2nya?

terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu

wassalam.




Jawapan
Terima kasih kerana masih terus menjadikan aL-Ahkam online sebagai rujukkan anda. Alhamdulillah inilah jawapannya:

(1)
Firman Allah Taala:
"Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk sembahyang tahajjud, sebagai sembahyang sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkan engkau dengan kedudukkan yang baik." (al-Isra':97)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang sunat malam." (riwayat Muslim)


Terlalu banyak fadilat dan kelebihan sembahyang tahajud. Ini kerana tahajud merupakan suatu amalan yang sukar dilakukan. Walaupun bilangan rakaatnya (paling kurang) hany dua sahaja tetapi tidak semua orang mampu melakukan. Apatah lagi waktunya adalah pada waktu malam dan selepas tidur. oleh itu Allah dan RasulNya menjanjikan ganjaran yang besar terhadap mereka yang sanggup melepaskan selimutnya semata-mata untuk mengerjakan tahajjud.

(2)
Definasi tahajjud: Sembahyang sunat pada waktu malam selepas tidur (Rujuk definasi ini pada kitab-kitab mazhab Syafi'i)

Hukum tahajjud: para ulamak telah ijmak mengatakannya sebagai sunat. Dan ia pernah diwajibkan pada permulaan Islam. Bagi orang-orang yang telah biasa melakukan tahajjud, makruh hukumnya meninggalkan tahajjud.

Waktu mengerjakan tahajjud: Selepas Isyak & selepas tidur. Dan, yang paling afdal ialah mentakhirkan sembahyang ini.

Menurut Imam al-Nawawi di dalam Minhaaj al-Thalibin, makruh mengerjakan sembahyang tahajud seluruh malam secara berterusan (Berjaga setiap malam mengerjakan tahajud). Syeikh Muhamad al-Khatib al-Syarbini menjelaskan perkataan al-Nawawi dengan katanya: "Makruh mengerjakan tahajud pada waktu malam yang dapat memudaratkan. Dari itu berjaga utk bertahajud seluruh malam setiap hari tergolong dalam kategori ini. Alasannya ialah, sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim:
Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Abdullah bin Amru bin al-Ash: Tidakkah aku diberitahu bahawa engkau berpuasa disiang hari dan berdiri (solat) diwaktu malam? Abdullah menjawab: Bahkan wahai Rasulullah. Baginda s.a.w. bersabda: Jangan lakukan. Berpuasalah dan berbukalah. Berdirilah (malam & bersolat) dan tidurlah. Sesungguhnya jasadmu juga mempunyai haknya.....al-hadis."

Al-Khatib al-Syarbini menyambung lagi: "Kerana berjaga malam secara berterusan dapat memudaratkan tubuh badan. Ia juga menyebabkan seseorang itu tidak dapat berjaga pada waktu siang. Ini akan membuatkan maslahat dunia dan agamanya pada waktu siang terlepas." (Al-Mughni al-Muhtaj, vol 1, halaman 228)

Dimakruhkan juga mengkhususkan malam Jumaat untuk mengerjakan Tahajud. Maksudnya, kita mengkhususkan sembahyang tahajjud hanya pada malam Jumaat sahaja.

Orang yang hendak bertahajud disunatkan ber'qailulah'. Iaitu tidur sedikit sebelum tergelincir matahari. Qailulah samalah seperti sahur untuk orang yang berpuasa. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Mintalah pertolongan dari qailulah untuk berdiri (solat) pada waktu malam."
Maknanya, qailulah dapat membantu untuk tahajud.

Bilangan rakaat tahajud: Sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak-banyaknya tiada had. Tetapi ada pendapat lain yang mengatakan, sebanyak-banyaknya 12 rakaat (rujuk Fathul Mu'in, bihamish I'anah al-Thalibin, vol 1, hal. 269)

(3)
Masalah saudara, tahajud: perlu tidur dahulu atau tidak?
Sebagaimana penjelasan di atas, bahawa definasi tahajud sahaja sudah menggambarkan ia hendaklah dikerjakan selepas tidur.

Jika begitu sudah tentu akan timbul satu persoalan lain--> Jika saya tidak tidur (kerana sebab-sebab tertentu), bermakna saya tidak dapat melaksanakan tahajud. Akan terlepaslah saya dari memperolehi fadilat tahujud yang besar itu...

Penyelesaiannya begini --> Terdapat beberapa solat yang dikategorikan di dalam 'sembahyang malam'. Iaitu sembahyang witir, sembahyang tahajud dan sembahyang sunat mutlak waktu malam.

Sembahyang sunat mutlak waktu malam: Sembahyang sunat mutlak ialah sembahyang yang dikerjakan tanpa sempena apa-apa. Niatnya, "sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala."

Sembahyang ini juga tidak kurang besar fadilatnya. Saya nukilkan lagi secara bebas tentang kelebihan dari kitab Sabilul Muhtadin, vol 2, hal. 19, 20 & 21:

Sembahyang sunat mutlak pada waktu malam lebih afdal dari sunat mutlak waktu siang.

Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Sembahyang yang paling afdhal selepas sembahyang fardu ialah sembahyang (sunat) malam."

Sabdanya lagi:
"Sesungguhnya pada waktu malam ada satu saat di mana tidak dapat oleh seorang lelaki Islam yang memohon kepada Allah akan kebaikan utk urusan dunia dan akhiratnya, melainkan akan diperkenankannya. Saat itu ada pada setiap malam."

Maksudnya, setiap malam ada saat yang dinamakan saat ijabah. Setiap doa yang dipohon pada saat itu akan diperkenankan.

Rasulullah s.a.w. pernah ditanya oleh para sahabat mengenai sembahyang yang paling afdal selepas sembahyang fardu, baginda menjawab:
"Sembahyang pada tengah malam."

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:
"Sembahyang yang paling Allah Taal paling suka ialah sembahyang Nabi Allah Daud a.s., dia tidur pada separuh malam, dia bersembahyang pada sepertiga malam dan tidur pada seperenamnya."

Sabdanya lagi:
Perintah Tuhan turun ke langit dunia pada sepertiga pada waktu tinggal sepertiga yang akhir pada waktu malam, lalu berseru: Adakah orang yang memohon , pasti Aku kabulkan, adakah orang yang meminta pasti Aku akan beri dan adakah yang memohon ampun, pasti Aku akan ampuni baginya sehingga Subuh.

Inilah antara fadilat-fadilat sembahyang malam. Fadilat ini boleh digunakan untuk fadilat tahajud.

(4)
Cara-cara mengerjakan sembahyang tahajud dan sunat mutlak malam.

Niat: Aku sembahyang sunat tahajud dua rakaat kerana Allah Taala.

Kerjakan sembahyang sebagaimana sembahyang sunat lainnya. Dan untuk sembahyang malam ini, disunatkan memperpanjangkan berdiri dari memperbanyakkan sujud, sabda nabi s.a.w,:
"Sebaik-baik sembahyang ialah yang memperpanjangkan berdirinya."

Memperpanjangkan berdiri ialah memperbanyakkan membaca al-Quran. Memperbanyak sujud ialah dengan memperbanyakkan tasbih. Membaca al-Quran lebih baik dari bertasbih.

Selepas mengerjakan sembahyang, hendaklah membaca doa di bawah ini, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Bukhari:

Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkaulah penegak langit, bumi dan alam semesta serta segala isinya. BagiMulah segala puji. Pemancar cahaya langit dan bumi. bagimulah segala puji. Engkaulah yang haq, janjiMu adalah benar, pertemuanMu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurgaMu adalah benar, nerakaMu adalah benar, Nabi-nabi adalah benar, Muhamad s.a.w. adalah benar dan kiamat adalah benar. Ya Allah kepadaMulah aku berserah diri, kepada Engkaulah kami kembali, kepada Engkaulah kami merindu, kepada Engkaulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang telah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan atau yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul Alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah.

Selepas berdoa, perbanyakkanlah mengucap istighfar, antara istighfar yang dianjurkan serta sabit dengan hadis yang sahih ialah Saiyidul Istighfar (Penghulu Istighfar):

Ya Allah, Engkaulah Tuhan kami, tiada Tuhan melainkan Engkau, yang menjadikan kami, dan kami adalah hambaMu, dan kamipun dalam ketentuanMu serta janjiMu sedapat yang kami lakukan. Kami memohon perlindunganMu daripada kejahatan apa yang kami lakukan, kami mengakui kenikmatan yang telah Engkau limpahkan kepada kami dan kami juga mengakui akan dosa kami, keran itu berikanlah keampunan kepada kami, sesungguhnya tidak ada yang memberi pengampunan kecuali Engkau.


Sembahyang sunat mutlak, eloklah dilakukan dua rakaat, dua rakaat.. sehingga berapa banyak yang disukai. Selepas itu bolehlah membaca doa dan istighfar di atas.

Wallahu a'lam.

Rujukan:
1. Fathul Wahab - Syeikhul Islam Zakaria al-Ansori, vol 1
2. Minhaj al-Thalibin - Imam al-Nawawi
3. Mughnil Muhtaj - Syeikh Muhamad alKhatib al-Syarbini, vol 1
4. Al-Feqhul Islami Wa adillatuh - Dr Wahbah al-Zuhaili, vol 2 *
5. Sabilul Muhtadin - Syeikh Muhamad Arshad al-Banjari vol 2**
6. I'anah al-Thalibin - Syeikh Muhamad Satha al-Dimyathi vol 1
7. Fathul Mu'in - Syeikh Zainudin al-Malbari*
* Ada terjemahan
** Kitab jawi klasik

zain_ys

Sumber: Al-Ahkam
Wednesday, September 16, 2009 0 comments

Hari Ini!

Macam-macam event berlaku hari ni..

Hari ni saya balik rumah..hihi...
sukenye.

Asal nak balik semalam, petang tu. Tapi Kak Zue ajak berbuka puasa kat rumah dia. Saya pun dah lama tak jumpa dia. Best jugak dapat makan free nih..hihi
So, tak jadi la balik semalam. Kite kena la penuhi hak seorang muslim yang lain kan?
Bila ada jemputan..penuhilah.

Nak pulak dijadikan cerita... saya dan sahabat saya p la tarawikh kat asrama je. Tak jauh pun dari rumah Kak Zue.Ingat nak balik terus je after solat..

Tup-tup...ada sahabat buat tadarrus...
hmm...Ape salah balik lambat. Bukan nak buat pape pun kat rumah tu.
So, saya pn join je la...
tak rugi dipayungi sayap malaikat yang berdoa untuk kite kn..

Dia ada ckp psl lailatul Qadr..
psl tarikh2 yang dijangkakan..
dan pasal...jgn malas nak beribadat..
jangan tunggu malam ganjil baru nk qiam, nak solat sunat tu...solat sunat ni...
nak zikrullah semua..

Dah abis tadarrus... nak cabut r.. takut jugak nak balik lambat sangat..

Tup-tup lagi...ada sorang sahabat ni nak balik sekali ngan kitorang.
Ye la..jalan kampung tu gelap..memang bahaya kalu sorang2..
tp.. dia sorang je kat rumah nanti.
housemate dia yang lain tido kat asrama.
So..saya dan sahabat saya sorang lagi ni pn temankan dia kat rumah dia...
sampai pagi..huhu.
Tak jadi jugak nak balik umah..

pagi tu(hari ni la..) baru balik umah..

agaknye letih sangat kot...
balik2 je trus pengsan atas toto yang empuk tu..
dalam kul 9 camtu r baru tersedar..senonoh sungguh.
bangun2 je terus terkejut, terkedu, terkesima..
nampak ada 2 orang hamba Allah ni tengah makan..
oh....ada orang tak puasa kat rumah ni..
lupe pulak..
nasib baru je habis..
kalu tak..maunye join skali..hoho..

(gurauan semata)

petang tu..
orang yang rumahnye tak berapa jauh mcm saya ni..
balik ngan ayah je..
huhu..alang2 kn...
ayah pun keja kat KT ni je..

Jalan memang jammed. duk pusing2 kat bandar tu je dah 30 minit.
belum lagi keluar bandar..
memang menguji kesabaran lah..

on the way nak balik tu..
(lupe dah kat mana..) ada la polis buat road block..tak tau la ops ape..
saya dah ayah relaks je la..kitorang takde buat salah pape..
buat ape nak takut kan..

namun begitu..
ada la satu kereta ni..selang satu kereta depan kitorang la...
tetibe je berenti..tengah jalan pulak tu..
(ha...sah la ada buat salah ni...)
dan dengan tibe2 jgk...dia p belok nak masuk lorong kat belah kanan ni..
takde pulak bagi isyarat..
membahayakan kereta2 kat belakang dia...

agaknye dia cemas kot...dengan pantas sekali nak masuk lorong tu..
kebetulan ada motor tengah laju dari arah bertentangan..

ape lagi..
kena langgar la..
kereta td tu langgar motor tu..
terpelanting dia..

kebetulan jugak..ada lagi satu motor kat belakang motor yang kena langgar tu..
maybe tak sempat nak brek,so.. terus terlanggar motor yang terbalik td tu..

sape salah? anda fikirkanlah sendiri..
main pointnye kat sini..
berhati-hatilah kat jalan raya...
patuhilah undang-undang yang ditetapkan..
sebab...bila kita buat silap..
orang lain pun susah..
macam kereta tadi...mungkin kerana nak elak road block tu..( logik r sbb ayah kate kereta tu memang laju..duk potong org je dari td..)
tak pasal-pasal orang yang sihat molek-molek ada (kate orang tranung r) tu cedera..
ntah ada patah kat mana-mana ke...
motor pn nampak macam ada part yang pecah...
kan susah tu...
excident2 camtu tak ke buat traffic lagi jammed...
bertambah-tambah lagi orang yang terkena effect excident tu..
undang2 dirangka ada sebabnya..

Buat sahabat-sahabat sekalian..sape2 yang ada kenderaan tu..
tak kisah la motor ke, kereta ke...even van skali pn..
tolong la berhati-hati..
especially musim perayaan mcm skrg ni..
yang susah bukan kite seorang..tp pengguna-pengguna jalanraya yg lain sekali..


kitorang pn tak lama kat tempat kejadian sebab dah lambat time tu..
so...tak tau la ape perkembangan selanjutnye..

bile sampai kat rumah...
saya nampak ada sampul surat atas meja kat living room tu..
ada nama saya!

yay...ada orang hantar kad raya..
terharunye..sebak2...
terima kasih banyak2!
sbnrnye saya dah malas nak post kad raya kat orang..
mana taknye..
bile htr..
yang reply sejemput je..
(ee...mcm tak ikhlas la plk kn..)
tp tuk korang yang ada bagi, I'Allah sy reply k.

so, htr sms pn dah ckup kot..
(tapi kalu nak htr jgk kad raye kat saya...saya suke je..hihi)
stakat ni dah dua kad raya dah..
saya memang tak expect kad raya tahun ni..
dapat dua ni pn dah kira syukur sgt2..
ada jugak yang ikhlas nak bagi..

(lagi skali terharu~~)

nanti ea...biar saya design satu kad raya khas tuk korang..
tiada yang keduanya..
hihi
0 comments

5 perkara usah ditunda-tunda perlaksaannya.

1. Solat bila tiba waktunya
2. jenazah bila telah siap penguburannya
3. mengahwinkan gadis bila ada lelaki sepadan datang meminangnya
4. melunasi hutang bila sudah mampu membayarnya
5. menyegerakan jamuan untuk tamu yang datang.
Tuesday, September 1, 2009 0 comments

Untuk Dia yang Aku Sayangi...

Ya Allah... Aku begitu kasihan melihatnya..
Mendengar khabar darinya juga membuatku gusar..
Bukan rimas..
Bukan juga membebankan... tp,

Bimbang.

Janganlah Kau bebaninya dengan sesuatu yang..
Tak tertanggung olehnya..
Kau kurniakanlah kesejahteraan dalam kesihatannya..
Kau berikanlah kesejahteraan dalam agamanya..
Permudahkanlah segala urusannya...

Aku bermohon padaMu Ya Allah..
Kerana aku begitu sayang padanya...
Sungguh, Engkau lebih tahu apa yang tersimpan dihati ini.

Aku tak meminta upah atas kasih sayang ini..
Begitu juga dengan habuan..
Kerana aku ikhlas mengasihinya..
Dan aku amat berharap dapat bertemu dengannya..
Bersama-sama ke SyurgaMu..

Ya Allah...Ya Allah...
Permudahkanlah apa jua yang terbaik untuknya..
Kerana dia sahabat yang aku cintai..
Sungguh-sungguh aku cintai..
DUNIA AKHIRAT...
Amin.
 
;