Thursday, February 10, 2011

Menjahit, Nenek dan Kerjaya.

(my budak xmatured nye karangan)
 
 Minat dan Harapan Saya
 
Nama saya Wan Zarin Fariha Wan Ismail. Kawan2 sy pnggil sy Zarin. Ada juga yg pggil sy Yen. Sy berasal dari Kampung Gong Pasir. Ayah sy seorang pembantu perubatan, tetapi beliau telah pencen bermula 2 Feb baru2 ini. Ibu sy pula seorg Jururawat. Pangkat beliau adalah Phn. Sy pun tidak tahu Phn itu apa. Sy mempunyai seorg adik perempuan dan seorang adik lelaki. Adik perempuan sy bernama Amalina, dia muda 2 tahun dari sy. Adik lelaki sy pula bernama Khaizuran. Dia berumur 6 tahun. Keluarga kami telah menjadikan dia anak angkat sewaktu mula2 dia lahir, namun kami sygkan dia seperti darah daging kami sendiri.

Keluarga sy biasa2 saja. Kali ini sy ingin menceritakan tentang salah satu minat sy dan nenek kesayangan saya. Sy mempunyai pelbagai jenis minat. Saya minat byk perkara. Sy suka mkn macam2 makanan (kecuali kerang dan mknn yg masam). Salah satu dari minat sy yg banyak itu adalah menjahit. Tetapi, sy terfikir juga, jika saya cakap sy suka menjahit, adakah sy akan dikatakan kekampungan? Redzuan Radzwil (sy tidak pasti ejaannya) juga menjahit. Jimmy Choo yang sangat terkenal itu pun menjahit juga. Hasil mereka digunakan oleh orang-orang ternama. 

Masa sy kecil2 dahulu, sy sering ke rumah nenek sy yang terletak tidak jauh dari rumah saya. Nenek sy pandai menjahit. Beliau menerima tempahan menjahit dari orang2 kampung. Sy suka belajar menjahit dengan nenek sy. Pernah juga sy jahit uncang2 kecil dengan pelbagai saiz dan kemudiannya menjualnya kepada kawan2 di sekolah. Banyak kain reja di rumah nenek yang masih elok dan dapat sy gunakan. Nenek pernah ckp, dalam ramai2 cucu, sy saja yang rajin belajar menjahit dengan beliau. Sekurang-kurangnya ada juga pewaris. Sy sangat sedih bila beliau berkata begitu. Secara tidak langsung sy menjadi buah harapannya.

Sekarang sy sudah jarang ke rumah nenek. Tambahan pula, sy berada di asrama dan jarang pulang ke kampung. Sy baru sempat belajar cara menjahit baju kurung dan seluar. Saya ingin belajar byk lagi. Cara jahit kain sembahyang, cara menyulam, cara buat bantal kekabu dan macam2 lagi. 

Tidak lama lagi saya akan habis belajar. Sementara menunggu kerja yang kukuh, saya ingin mendalami ilmu menjahit. Pernah juga sy berangan untuk buka butik, buka bisnes sendiri. Sy ingin menyambung legasi menjahit nenek (bukanlah legasi sangat pun, cuma sy tidak menemui perkataan yg tepat untuk digunakan sekarang). Sy ingin buka butik untuk muslimah. Sy lihat byk blouse dan dres di pasaran, tapi byk juga yang tidak menepati kehendak sy. Kebanyakannya menggunakan kain yang jarang, yang mana merupakan salah satu ciri2 yang paling sy tidak suka.

Sy berharap ia tidak sekadar menjadi angan2 yg terbang di bawa angin. Cuma, sy tidak pernah terlibat dengan perniagaan dan sy juga tidak mempunyai asal-usul peniaga berjaya. Pastinya ia akan menjadi satu cita2 yang sukar untuk sy kecapi.


Apa pun kerjaya sy nanti, sy bersyukur. Sy cuma berharap sy dapat bekerja dengan ikhlas dan tidak sekadar menjadi robot bagi mana2 institusi pekerjaan. Pekerjaan yang halal dan dlm masa yang sama, tidak menyekat sy untuk mencurah sepenuh kasih syg dan tanggungjawab pada keluarga sy nanti.

p/s: tengah mood rasa macam nk jadi budak2.. tired lah jd org besar neh. byk bnda nk kena pk. jd budak2 gak best... huu..

0 comments:

Post a Comment

 
;