Wednesday, August 11, 2010

dear diary..This is wrong...

assalamualaikum..

dear diary.. ramadhan datang lagi. alhamdulillah..

tapi..ada sesuatu yang tak kena dengan ramadhan kali ni. sesuatu yang tak kena pada diri aku sendiri..

mcm mana nak cakap ye.. erm... aku tak rasa bersemangat pun dengan kehadiran Ramadhan. Tak rasa excited pun.. Tak rasa apa2.. Nak kena puasa? ok..aku puasa..aku bangun sahur.. then buka puasa..tarawih..then tdo..then ulang bnda sama balik..

salah aku ke, tak dapat nak rasa? hurm... kosongnya... rasa bersalah pulak.. memang tak patut.. aku tengok kwn2 syok je bertemu bulan pose. syok je htr msg2 ramadhan.. aku nak reply pn xde mood..apatah lagi nak wish..

nape ngan aku ni? setan dah takde..(nasib baik jugak, kalu tak hari2 rasa mcm nak bunuh orang..ishk2..). skrg xde la rs mcm tu..cuma..kosong. rasa kosong..

Alhamdulillah..cmne2 pun, berjaya jgk pegi tarawih semalam. ikut je kaki ni melangkah..ikut je Abah bwk pergi msjid mana pn.. ikut je imam solat. takde perasaan pape..

nak buat ibadat lebih..nak berdoa lebih2 pun aku xde mood. Selama ni...aku byk berdoa.. bukan jangka masa yang pendek aku minta satu permintaan tu je.. Tapi, tak ditunaikan. Tak makbul.. Kenapa mesti permintaan yg itu? So... aku tau aku tak patut rs mcm ni, tapi aku betul2 tgh hampa..tgh buntu...tgh lost. Aku dh tak lalu nk minta pape.. aku takut tak tertunai. Boleh dikatakan aku dah sampai tahap paranoid.

(takkan smpai mcm ni sekali kot perasaan aku mati. teruknya bila aku kecewa ye..hurm...)

This is the worst year ever 2010...I'm not gonna forget these numbers.

Ya Allah...aku tahu Engkau lebih tahu isi hati aku. Aku minta maaf kerana berperasaan seperti ini. Mungkin telahpun Engkau kira sebagai satu dosa yg besar.. Aku tahu..Engkau selalu ada. Aku tahu...tak ada yg lebih memahami aku selain Engkau. Aku mohon, Engkau berilah aku masa. Jangan tarik nyawa aku lagi..kerana aku benar2 tak berharap untuk mati dalam keadaan hampa terhadapMu. Aku tahu Engkau menjadikan sesuatu atas sebab2 tertentu. Aku tahu Engkau telah begitu Adil padaku. Aku tahu..Aku tidak layak mempersoalkan keputusanMu. Maka.. berilah aku waktu. Ampunilah aku sepanjang waktu itu. Aku minta maaf... Makbulkanlah.. itupun, jika ia ternyata baik bagiku. Aku pastinya salah satu hamba kamu yg begitu menyedihkan..yg begitu teruk..begitu lemah.. Pathetic and hopeless.. Aku pun tak kisah untuk dilabel begitu. Aku sendiri mengaku....

........................................

tadi aku g tengok citer Epilog Syurga Cinta. Suka cite tu. Lagipun..cter tu kan cam happy jgk.. awal2 perkenalan Cikgu Siti Syuhada ngan Irham. Kot2 la aku boleh mempositifkan mood aku yg tengah down ni.. imagine bnda2 happy..

tup2...episod hari ni episod yang sedih. mcm dejavu je..

episod hari ni..pasal bekas tunang Ckgu Syuhada nak kawin. ada lg la kisah2 lain..tp, kisah yg ni membuat aku mcm sedikit terpempan la.. huhu..

(macam kisah aku pulak.. patutnya bangga la kot, kisah sendiri didramakan..kan? huhu....)

Ckgu Syuhada tu teragak2 nak pergi mjlis kawin Hanafi, bekas tunang dia. Agak sedih la ble aku tgk drama tu cuba memperlihatkan kesedihan watak Ckgu Syuhada tu untuk menghadapi kekecewaan menerima hakikat dia telah putus tunang..dan tetibe extunang dia tu dah nak kawin .. boleh dikatakan..sepatutnya, dia akn rs sgt2 frust pd masa tu..

Ckgu Syuhada ada call bestfren dia, masa dia betul2 depan rumah Hanafi untuk tenangkan perasaan. Dia cakap lebih kurang mcm ni la.. " 4 tahun kitorg kenal. berkawan..bercinta. Kitorang dah bertunang pun. Tiba2 jadi mcm ni...." ada lagi yg dia ckpkan...cuma ayat ni je yg aku paling ingat..

aku sebak. Aku pun pernah ckp ayat macam tu. 98 percent kot sama..

aku lari..pusing2 kat ruang tamu. Takut Umi nampak. Segan pulak.. Then, rasa dah okay sikit..aku pergi tgk lagi..

masa tu ckgu syuhada tgk bakal isteri hanafi. Terkejut dia! (aku pun tekejut!).. tgk2 bestfren dia yg kawin ngan bekas tunang yg dia syg tuh. Bestfren dia ckp tgh duk kat majlis kawin adik dia.. rupanya dia sendiri yg kawin...ngan hanafi plk tu... Ckgu Syuhada ckp dia dah maafkan kwn dia tu, walaupun dia tak sgka sangat2..dia suh jaga Hanafi baik. Sayangi dia sepenuh hati......huu

Sampai hati....(aku jadi mkin sebak time tu..terus aku mundar mandir kat dapur. Ajak Izu rasa air jagung yg aku buat untuk buka puasa. Mata pulak dah berair..huu. sampai habis aku tak sambung tgk..sbb dh nak buka puasa kan..)

kesiannya.. dikhianati kwn sendiri. kwn baik pulak tu.. Entah ape slh Ckgu Syuhada tu.. aku sangat2 faham situasi watak tu. Mungkin ia sekadar watak bagi suatu drama. Tapi, jgn sgka dunia realiti xde bnda2 cmtu.. Aku benci betul tgk bnda2 yg berkisar pd pengkhianatan nih. Hati jadi sakit..

At least..dia takde la bertindak secara negatif seperti aku.. Aku harap aku dpt jadi cam dia.. huhu. Tak sgka, ada gak kisah yg mcm kisah aku jadi cerita. Drama pulak tu.. mknanya..bukan aku sorg je la yg terpaksa tempuh bnda2 cmni. Ada lagi org2 yg senasib ngan aku...

Tabah2!!

Sekarang..aku cuma kena tunggu Irham aku la.. Irham tu hero citer tu. Seorg yg sgt sosial.. mmg byk buat benda yg salah.. tapi, ble dia jumpe Ckgu Syuhada...dia dapat merasai perubahan. Dah la kaya kan.. hehe.. ada pulak adik yg comel cam Mia tu..

Ckgu syuhada tu takdela warak mana pun.. Takde pun pkai tudung labuh, jubah.. join jemaah ke ape..ckp pun...xde la sejambak dalil dia bagi. Nice je.. seorg yg biasa2..

Aku pun dah hilang kepercayaan kpd 'org2' yg nampak alim..nampak baik dan polos. Cukupla sekali kepercayaan aku dikhianati oleh org2 yg mcm ni..

kadang2..yg nampak cam otai...rugged, lg boleh dipercayai. Ni ape yg aku alami sendiri. Aku bukan skdr ckp.. aku akan ingat ni, sbgai salah satu pengajaran berguna dlm hidup aku.

Teruk jugak rasanya.. aku rasa begitu disgusted ble tgk org2 yg semacam alim duk b'kumpul. Org2 pkai tudung labuh..muka jernih..lembut..Buat la aktiviti ape pun.. Aktiviti baik je aku rasa.. tapi..rasa geram..meluat...sangsi... bermain2 dlm hati aku. Tak patut sungguh..condemn dorg mcm tu. Tak patut sungguh...rasa mcm tu terhadap dorg nih. Sumpah aku tak nak pun.. Yang patutnya..aku jadi tenang ble tgk muka2 jernih mcm tu. jadi sejuk..Tapi, apa yg aku lalui buat aku jadi mcm ni. Aku hilang kepercayaan.. diri aku ni seolah2 menolak untuk percaya bahawa bukan semua yg tak boleh dipercayai. Seolah2 ada benteng..ada tembok untuk membenarkan aku cuba bersikap positif pada perasaan aku sendiri. terus membina prasangka..bahawa mungkin org2 yg mcm ni la yg merompak impian aku.. Sumpah..aku sikit pun tak harap, tak doa untuk rasa macam ni.. Aku sangat2 berharap semua ni berakhir secepatnya. Aku tak suka bersangka buruk pada orang.....

Pengalaman memang mengajar erti hidup. Pahit atau tidak..hidpu mesti diteruskan. Cakap mmg senang. Xpe lah.. mungkin aku byk sgt buat dosa sebelum ni. Ni baru sikit aku kena hukum. Kena tarik nikmat.. Nak compare ngan nikmat2 lain yg aku dapat..hurm..

again....cakap memang mudah..Nak buat? hurm....

kalaulah boleh..aku taknak sangat2 ada perasaan negatif kat org. Aku suka husnuzhon. Tp, bila org buat mcm ni kat kita.. sampai bila husnuzhon tu boleh bertahan? tambah2 lagi bila setan duk bisik2 kat telinga..

Hidup dah la sekali je. Apa2 pun..sekali je. Masa muda, pun sekali.. zaman sekolah..pun sekali je. Takleh nak ulang dah..

So..it's a sad thing la to have a memory yg sepatutnya kita akn rasa suka nak ingat, tp...terpksa buat2 lupa sebab bnda tu sgt2 menyakitkan. Ada childhood memory yg sepatutnya sweet to be remembered..tp, jadi begitu heart-breaking ble ingat.

Otak ni pulak bukan mcm laptop. Boleh delete permanently, then ganti ngan memori lain.

Aduh... bnda dah jadi.. Dah2 la tu diungkit. Look forward je la.. ni la payahnya bila jadi seorang perempuan. payah betul nak let go..


wuu..Irham...cepatla jumpe saye.. hep me forget this sad feelings..huk2 T__T

6 comments:

radhiahsyahida said...

yen.. hope u still trust me.. huhu
i know ur feeling rite now.. i can feel it.. i can touch it.. but u should let it rest..

yen, u know.. prasaan awk sgt2 penat bekerja skg.. awk terlalu mendera prasaan tu.. sbb tu jd mcm ni. sy mtk mf kalau awk xsuka dgr kata2 sy,, tp as ur sahabat, i have to..

yen, memg disakiti tu satu penyakit yg amat sakit.. tp, awk kena bangun. sy nmpk awk skg bukan kat alam real dh ni.. u r not the real zarin fariha!! walau kita diuji hebat mcm mana skalipun, jgn sesekali larikan diri awk dr dunia nyata.. mcm mana dgn percaya dgn qada' dan qadar yg kita pegang slama ni.. takkan krn mslh ni, kita terus hilang arah...

yen, saya tahu awk sorg yg kuat.. jgn bg org nmpk awk lemah krn bnda mcm ni.. jgn bagi syaitan ketawa krn bnda mcm ni.. jgn bagi syaitan menang dlm pertarungn jiwa mcm ni.. kuat balik keh syg..

kalaulah awk nmpak hikmah yg Allah tetapkan dgn semua ni, sy yakin hati awk mesti kembali tersenyum.. percayalah yen.. dont lost ur hope to Him. jangan biarkan hati terus berkarat.. takut lama2 dibiarkan, tak mampu dicuci lagi.. nauzubillah....

yen, sy syg awk.. plis give me zarin fariha yg sebenarnya keh.. i need it!

Zaren said...

sy syg awk gak..... tp, sy cuma sgt letih. betul la kate awk.. I need to giv it a rest..

that zarin fariha u're searching rite now is currently not available. hope not forever laa..

She'll be okay..(if Allah still loves her..). She'll be back. one day..

but it is almost impossible rite now.

I'm sorry Dyah.. even nak ubat penyakit luka, melecur pun ambil masa yg lama. apatah lagi penyakit hati...setahun dua pun belum tentu dah sembuh..

I still trust you because I know you. I'll always do bcoz I'm the kind to giv trust and hardly to take it back. cuma nak mula untuk mempercayai org tu yg pyh..

Jgn risau sgtla dyah. Lame2 ok lah tu. thanks alot sbb caring. (uhuhh...da sebak nih..)

radhiahsyahida said...

betul2.. take ur time.. rawat hati dgn ubat plg mujarab keh (i believe u know)

i'll always pray for u, sahabat~ :))

ramadhan ni, masa yg paling mustajab utk doa kita dikabulkan Allah.. pray a lot. dont forget Allah, He'll never forget u.

ingt satu bnda, diuji itu tnda kita 'selected' utk dpt ksh syg Allah.. so, syukur, syukur, sbb Allah masih pilih kita dlm bermillion2 makhlukNya kat bumi ni.. :))

ok..tata..
salam 3 ramadhan :)

Zaren said...

rs cam tak layak je tuk dipilih...huu

slm ramadhan jg...

ilhamie said...

Allah...
aku sentiasa percaya engkau yang paling memahami
aku sentiasa percaya engkau yang paling mengerti
aku sentiasa percaya engkau yang paling mengetahui
dan aku sentiasa percaya
engkau yang paling memiliki!

hati ini milikMU Allah
diri ini kepunyaanMU Allah
aku mohon untuk engkau sucikan mereka Allah
kerana aku tiada daya
ya Allah...
titipkan ketenangan kepada sahabatku
kupinta dileraikan kusut fikirnya
tenangkanlah gejolak hatinya...

al mumtahanah: 7

Zaren said...

amin.. time kasih kalian... Syukur sy masih ade kalian =)

Post a Comment

 
;