Saturday, October 16, 2010

bila orang bujang cuba ber-cerpen~


Dialog Kisah Kita

Mendung di luar.
Aku membuang pandang. Beberapa titis hujan mengenai pipiku. Aku tersenyum. Seronok juga ya, kalau dapat main hujan macam kecil-kecil dulu. Fikiranku menerawang ke zaman silam..

“Beep!” 

Ada mesej masuk. Abang..

“Salam. Sayang, abang balik lambat tau hari ni. Ada masalah sikit dengan projek abang. Jangan marah ek. Abang pun belum makan lagi ni. Ayang masak sedap-sedap ye. Nanti balik, kita makan sama2. Sempat la kot sampai rumah sebelum Maghrib. Abang usahakan ye.”

Lantas ku balas “Ok. “ tiada mood rasanya. Mungkin terlalu rindu padanya, tapi terhalang dengan kerjayanya yang sibuk itu. Aku tak mahu menggangunya. Aku tahu, dia pun penat berusaha mencari rezeki untuk keluarga ini juga. Nak bermanja? Hmm..nanti-nantilah..

Aku mengeluh kecil. Sunyi. Hanya deru hujan menemani. 

Sejuk.

Aku sebenarnya MC hari ni. Demam. Mungkin sebab terlalu kerap kehujanan. Maklum sajalah, musim tengkujuh. Tengah hari memang panas, tapi petang mesti hujan.

Aku bangun, perlahan-lahan  menuruni anak tangga. Aku mahu ke dapur, tengok apa yang ada untuk dimasak.

Ada 2 ketul Tenggiri. Aku tengok-tengok bahagian bawah. Ada kunyit hidup, serai, bunga kantan, bendi..

Ahah! Masak asam pedas lah. Abang pun suka.

Tiba-tiba aku rasa bersemangat. Aku keluarkan apa yang perlu. Basuh, dan tapis. Aku blender mana yang patut diblender, cincang mana yang patut dicincang. Aku susun rempah dan bahan-bahan yang nak digunakan macam rancangan masakan dalam tv. Seronok pula rasanya. Aku sengih sendirian.

Teringat kata-kata kawan serumah denganku, semasa aku masih bujang dulu.

“kerja tinggi mana pun kita, last-last ke dapur jugak..”

Aku pun selalu dengar..kalau nak jaga hati suami, kena jaga makan minum dia. Masak dengan penuh kasih sayang. Lucu pula. Aku tak lah pandai sangat memasak. Masih dalam proses belajar. Tapi, aku akan usahakan untuk masak yang terbaik untuk dia.

Aku suka belacan, dia pun. Tapi dia tak boleh makan. Nanti gatal-gatal hidung. Sama macam ayahku.
Kadang-kadang, dah tahu akan jadi macam tu, tapi masih nak masukkan juga secubit dua belacan. Aku marah, tapi dia buat tak tahu saja. Tak ada masalah, pergi cari masalah. 

Sengih. Asam pedasku dah naik baunya. Merah menyala.

Mesti pedas ni..

Aku tergelak kecil. Geli hati bila membayangkan riak wajah dia tercari-carikan air. Dia suka pedas. Tapi tak tahan. Sama sepertiku. Sampai mengalir air mata pun, masih tak mahu berhenti makan. Makin bertambah nasi adalah..

Aduh..aku benar-benar rindukan dia nampaknya. Entah pukul berapa agaknya abang nak sampai rumah..
Aku mengerling pada jam besar di dapur itu. 

Oh... sudah pukul 7 rupanya. Dah nak Maghrib!

Aku siapkan meja.

“asam pedas dan sayur campur..okaylah” 

Aku berlalu dari dapur. Mahu mandi dan bersiap-siap untuk solat.

“nampaknya, solat sorang-sorang jela aku malam ni. Mana abang ni...”getus hatiku.

Aku sedikit merungut. Selalunya bila di rumah, kami solat jemaah. Janggal rasanya bersendirian. Seusai berdoa dan mengaji sehelai dua.. aku duduk diruang tamu. Aku pasang tv. Telekung masih kupakai.
mana abang ni...” aku ambil Nokia XpressMusic pemberian ayahku semasa di universiti, cuba menghubunginya..

Tak angkat.

Call lagi. Tak angkat jugak. Macam-macam dalam fikiranku saat itu.

Risau. 

Aku tengok tv. Mata sahaja yang pandang ke situ, sedang otak ligat berfikir.. menerawang entah ke mana.
Jam sudah menujukkan pukul 8. Aku tak senang duduk..

Aku cuba call lagi..

“Tintong!” loceng rumah berbunyi. Aku cemas..

Entah-entah...

“Abang! Kenapa lambat sangat? Risau tau. Cakap nak balik before Maghrib..” aku cium tangannya. Mata terasa hangat.

“Sorry sayang. Meeting habis lambat. Abang solat kat masjid hijau tu dulu, takut lewat sampai rumah, terlepas Maghrib”

“kenapa tak angkat masa sayang call? Dah macam-macam dalam fikiran ni...”

“Sorry, sorry.. abang kan tengah drive. Ayang nak ke, kalau abang accident masa tengah cakap-cakap dengan ayang? Abang memang takleh focus pada benda lain kalau cakap dengan ayang..” dia mengusik..

“uh, ye la tu. Ayang boleh mati tau, kerisauan abang tak balik-balik lagi..”

“eh jangan..nanti siapa yang nak masakkan untuk abang bila abang balik lambat lagi macam ni?”

“oo..abang dah plan nak balik lambat lagi la ni ye??”

“ehh..tak. Tak.. takkan la abang nak ayang mati tggu abang.. ishh..”

“dah..dah..pergi mandi. Dah hangit baunya ni. Pastu kita solat and makan sama-sama. Ayang masak best tau hari ni.”

“iye? Masak apa? Kite mkn dulu la ek.. lapar ni..hehe”

“jangan nak mengada. Pergi mandi dulu.. ayang tak selera nak makan kalau abang tak mandi lagi..” aku buat muka. Tutup hidung.

“eeii..yela..yela..hangit-hangit pun, ayang sayang jugak kan?..hehe”

“eh dia ni...cepat mandi!” aku tolak-tolak dia.

Dua-dua sengih. Ada-ada saja..


“Sedapnye ayang masak.. kalau abang tahu ayang masak asam pedas, awal-awal lagi abang dah cabut”

“eh, boleh pulak dia.. Mana boleh macam tu.. Kerja tu satu amanah..kan?”

“yela..yela..baru je nak bergurau”

“Hehe”
“eh..ayang demam kan hari ni? Terlupa pulak. Dah ok ke belum ni?” 

“uh..baru nak ingat kita ni demam. Sampai hati..entah siapa la dalam kepala tu..sampai lupa kat ayang..”

“kerja yang..hari ni teramatlah sangat sibuk. Masalah sana sini. Abang pun sampai tak sempat makan minum tau..”

“yela..yela..” aku mucung. Taktik umum orang perempuan merajuk.

“alolo.. merajuk pulak dia. Siapala kita ni.. dah la tak pandai memujuk...”

“uh..selalu ayat tu. Benci!” aku cubit peha dia. Geram.

“hehe..jangan la marah sayang..”

‘’urm..yela..siapa saya nak marah-marah awk kan..” aku tiru ayat dia. Aku tahu tu kelemahan dia..

“alolo... ni yang lemah ni, guna ayat tu jugak..” Betul dugaku..aku terus mengusik..

“yela..siapa jela kita ni org tu nak ingat-ingat..”

“Siapa awk? Awk isteri saya la..intan payung, permata hati, nyawa abang” sengih. Nampak sebaris giginya yg putih. Lesung pipit sekali.."tulang rusuk abang yang hilang.." sambungnya lagi.

Aku tak jadi nak merajuk. Alahai..bahagianya. Syukurlah, ada juga yang menerima diri ini.. syukurlah, dia orangnya..
 ****

Sudah dua tahun kami bersama. Serba sedikit aku tahu mengenainya. Dia suka apa saja yang aku masak. Senang kan? Katanya, apa-apa pun dari air tangan isteri, dia suka.

Dia suka berprogram. Ada saja projek. Pergi sana sini. Tapi, aku suka duduk rumah. Selalu juga diajaknya, tapi aku segan. Aku orang kampung, tak pandai nak bersosial. Kawan-kawannya orang berada. Orang korporat. Pandai bergaya.

Aku tak pandai. Segan..

Kadang-kadang aku cemburu juga. Kawan-kawan sekerjanya pandai bergaya. Cantik.  

Takkan tak ada yang berkenan dihatinya selain aku..

Aku hanya mampu memujuk diri dengan kepercayaan padanya. Dia hanya seorang lelaki biasa. Mungkin ada masanya, matanya nakal memerhatikan mereka. Tapi, yang menjadi isterinya adalah aku. Walaupun kadang-kadang remuk rendam juga menahan perasaan. 

Cemburu tandanya sayang, kan?

Dia suka nashid. Aku suka lagu english, ballad dan sebagainya. Tapi, dua-dua suka Maher Zain.

Dia juga suka menyanyi. Nyanyi untukku, itu kegemarannya. Dia suka basuh kereta, basuh pinggan, mop lantai, lap tingkap. Katanya, dia suka tengok benda bersih berkilat. Sambil-sambil itu, dia seronok main air, aku pun ikut menemani. Macam kanak-kanak.

Dia suka berbelanja. Asal dapat gaji, ada saja yang dibelinya untukku. Mahal-mahal pula tu. Ada yang tak pernah aku pakai atau guna pun.

Aku tak minta. Malah, aku minta dia untuk simpan saja duit itu. Simpan untuk kegunaan di masa hadapan. Jangan terlalu boros.

Aku dah terbiasa berjimat-cermat. Keluarga aku, tidaklah sesenang dia. Aku anak sulung, dan adik aku pula gemar shopping barang yang mahal-mahal. Aku kasihankan ayahku, jadi aku terpaksalah beralah dengan adikku itu.

“Ayang buat apa tu? Jauh nampak termenung. Sengih sorang-sorang pulak tu.. ishh..ingat kat siapa ni..” sapanya lembut. Berbaur cemburu.

“eh..ada la. Rahsia. Hehe..”

“mana boleh macam ni! Abang dah diduakan ke? Urm..” dia pula tarik muncung. 

“ada la bang. Jealous ke..??” usikku. Benarlah kata orang, aku sangat gemar mengusik..

“mana tak jealous, isteri sendiri ingat kat orang lain..” buat muka sedih. Lucu.

“jangan la jealous-jealous. Ala, bukan siapa-siapa pun. Abang kenal orang tu..”

“hah? Abang kenal?? Ish...cakap laa..siapa..”

“laa...abang kan baik dengan dia. Takkan abang tak tahu?”

“siapa ni..cakap la..cakap..sampai hati ayang.. Abang dah habis setia kat ayang, tapi ayang buat abang macam ni pulak..”

“ala abang ni, kuat sangat cemburu ni..kalau ayang cakap siapa, abang nak buat apa kat orang tu?” makin menjadi-jadi pula aku mengusiknya..

“erm..kalau ayang rasa bahagia dengan dia.. nampaknya, abang terpaksa la mengalah. Apa-apa saja untuk kebahagiaan ayang, abang sanggup..” redup wajahnya.

Aku jadi sebak..bersalah pula rasanya.

“eh abang ni, ke situ pulak.. tapi, betul abang sanggup ni?”

“betul ke ayang ni? Ayang dah tak sayangkan abang ke..” makin redup..

“sayang, tapi..ayang pun sayang ‘dia’ jugak.. sama macam abang..”

“wuu...sampai hati....” dia berpaling. Merajuk. Dalam masa yang sama, aku nak tergelak pun ada. Macam perempuan pula rajuknya..

“err..betul abang nak tahu siapa..?”

“erm..cakaplah..abang dengar..”

“abang, siapa lagi..kalau bukan abang? Ayang kan dah jadi milik abang, takkan ayang nak pilih orang lain lagi. Ish..nanti, syurga mana ayang nak masuk? Kan syurga seorang isteri pada suaminya? Abang taknak ayang masuk syurga ke..?” pujukku.

“hurm..ye la tu..”

“iye bang. Takpela, kalau abang taknak percayakan ayang pun..siapalah ayang ni..” aku cuba memancing.
“uh..apela. Asyik guna ayat tu je. Mana aci. Kalah la abang..”

“hehe..abis tu, skill mana lagi ayang nak guna?”

Aku mencebik. Dia ikut sama. Dia geletek aku sampai terguling. Tercungap-cungap aku dibuatnya. Sekali lagi, rasa macam heaven..
 ****

“Ayang, sunyi la rumah kite ni. Kenapa tak ada suara budak-budak macam rumah orang lain ye?” sapanya suatu hari, saat aku asyik menonton movie. Cerita kartun How to train your dragon. cerita Inggeris.

“Ala..nanti ramai la budak-budak kat rumah ni. Ajak anak-anak jiran tu datang sini..”

“Anak-anak jiran je? Anak-anak kita?” usiknya. Dia gemar sekali mengusikku soal ini.

“Ha’ah kan. Mana anak-anak kita? Abang tak pergi ambil dorang kat sekolah ke? Ish.. ada ke patut abang buat anak kita macam tu..”

“Eh eh...ye ke? Berapa orang anak kita kat sekolah tu? Kenapa macam tak pernah nampak pun?”

“Ada la, 3 orang. Anak sendiri pun boleh lupa..”

“Laa...3 je ke? Abang ingat dah 5 ke, 6 ke.. apa nama dorang?”

“Erk..ayang pulak dah lupa. Sedih betul.. umi macam apa la ayang ni..”

“ish2...cakap kat orang, dia pun dah lupa.. sekolah mana? Umur berapa?”

“yang kembar tu, umur 5 tahun. Yang kecik sekali, umur 2 tahun..”

“wahh! Ada kembar! Tapi kan sayang, kita baru kahwin 2 tahun. Macam mana boleh ada yang 5 tahun pulak? Anak siapa ni..takkanlah..”

“haishh..ha’ah kan? Anak siapa ek?” aku dah mati ayat. Hampir kalah.

“haa! Tu anak-anak yang kita adopt masa bertunang dulu kan?” dia cuba back up.

“hee..pandai pun” aku sengih..

Kami memang macam ni. Bila dia cuba cakap soal anak, mulalah aku putar belit cerita. Bab mengarut, serah je. Memang nombor satu..

Dia buat muka lagi. Tak puas hati la tu.
 ****

“Abang pergi mana lunch tadi? Ayang call, abang tak angkat” soalku. Amarahku cuba dikawal semampunya.

”Oh, abang tertinggal la handphone abang kat office. Ayang call kenapa?” jawabnya. Selamba.

“Abang lunch kat mana tadi? Dengan siapa..?” 

“Err..okaylah, abang taknak putar belit cerita. Abang lunch dengan collogue abang. Satu projek dengan abang. Ayang nampak ke?”

“tak..er..ha’ah..on the way balik dari klinik”

“ayang jealous? Kawan satu tempat kerja la. Itu la ayang, abang ajak pergi functions, ayang tak nak. Macam mana nak kenal kawan-kawan abang..? by the way, kenapa pergi klinik?”

“kenapa berdua je..” terketar-ketar suaraku. Menahan air mata. Aku hilang fokus.

“...”

“Abang tahu kan, orang lain semua tahu abang dah beristeri. Nanti apa orang cakap, kalau nampak abang makan-makan berdua macam tu? Abang tak takut kena fitnah ke? Saya jealous, tak usah nak cerita la. Mustahil saya tak jealous bang. Tapi, saya risaukan abang. Apa pandangan orang kat abang. Sy kena jaga air muka abang, sebab abang suami saya. Abang jangan pula nak hancurkan kepercayaan saya pada abang. Abang jangan nak ulang apa yang......”

Cepat diletaknya jari telunjuk dibibirku.. Matanya berkaca.

“abang penatlah... abang mandi dulu..”

Aku terdiam. Itu saja jawapannya? Ya Allah, geramnya aku!

Kami solat Maghrib bersama. Mukaku masih masam mencuka. Dia kelihatan tenang. Aku pantas ke dapur, menyediakan hidangan. Sekadar nasi goreng kampung. Aku tiada selera untuk memasak.

Kami makan bersama. Diam. Dia kelihatan sedih.

Serba salah aku dibuatnya..

Mungkin aku terlalu ikutkan perasaan. Aku tak patut tinggikan suara depan dia..oh, berdosanya..
Aku diam. Tak terkeluar kata-kata. Aku malu dengan diriku..Dengan dirinya juga.

Sudah tiga hari begitu. Dingin. Bukan cuaca maksudku, tapi keadaan rumahku. Aku pula makin kerap jatuh sakit. Tengkujuh kali ini benar-benar menguji kesabaranku. Mungkin juga hukuman sebab berkasar dengan suamiku itu.

Biasanya, dia rajin memujukku. Rajin mengalah. Tapi, kali ini..mungkin aku sudah melampaui batas.
Aku tidak pandai menyusun kata-kata, menutur satu persatu.. seolah-olah tersekat di hujung kerongkong. Cerah mentari pagi pun, seolah-olah menyucuk jiwaku..  

aku mesti buat sesuatu!

Aku ambil handphone. Jari kecilku mula menekan keypad..

“Salam, buat abg tersyg. Abg, tahukah abg bhw sy sgt2 rs bersalah atas kata2 sy sebelum ni. Mungkin sy terlalu dibawa perasaan. Tak pernah niat pun, nak marah2 abg mcm tu. Ayg takut, abg tinggalkan ayg, masa ayg dah betul2 percayakan abg. Terima abg dalam hidup ayg. Ayg masih trauma dan teringat-igt lg peristiwa dulu. Abg tahu kan? Betul ayang percayakan abg, sebab tu ayg terima abg. Tp, hati manusia kita tak dapat nak duga. Boleh jadi, esok lusa berubah pendirian. Maafkan saya bang,mungkin sy ni dah jadi isteri derhaka buat abg..sy berdosa. Abg ckpla sesuatu, sy sgt rs bersalah bila abg terus berdiam macam ni.”

Lama aku ulang baca mesej itu. Akhirnya, ku tekan juga button ‘send’. Aku menunggu.

Sudah malam. Abang pun dah pulang. Sedang menonton tv. Berita. Aku gundah, masih tiada reply daripadanya. Masakan dia belum baca mesej itu..

Aku naik ke atas, masuk bilik seraya menghempas badan ke atas katil. Aku pandang syiling. Cantik berukir. Tapi, hatiku masih gundah.. fikiranku bercelaru.

Eh, apa ni? Ada sesuatu di bawah bantal. Surat. 

Mungkinkah....?
Aku amati..

“Wahai isteriku, abang tak tahu bagaimana nak berhadapan denganmu. Abang rasa bersalah. Abang tak marahkan ayang. Abang yang teruk. Abang tahu, abang tak patut lunch berdua hari tu. Sepatutnya abang bertegas, atau ajak dia makan ramai-ramai. Memang salah abang. Ayang isteri yang baik, yang paling abang sayang. Abang takkan cari lain, selain abang masih bernyawa. Selagi ayang masih sudi terima abang. InshaAllah, jika benar ayang jodoh abang. Abang cuma terkilan, bila ayang nak samakan abg dengan dia. Orang yang pernah sakiti hati ayang. Ayang kena tahu, abang bukan dia. Dan sampai bila-bila pun, abang bukan dia. Lupakanlah hal itu, kita sudah pun ada keluarga kita sendiri. Ayang ada abang. Nanti, tambah lagi dengan anak-anak. Memang abang tak dapat nak menjanjikan bahawa hati abang akan tetap. Abang pun manusia. Tapi sekarang, abang ada ayang. Bukan orang lain. Abang akan sedaya upaya usaha untuk bahagiakan ayang. Mungkin ayang masih payah nak percaya, tapi.. ayang percayalah pada Allah. Percayalah, Allah tahu apa yang terbaik untuk ayang. Percaya Allah tahu, betapa abang benar-benar menghargai kehadiran ayang dalam hidup abang. Abang...”

Tergantung. 

Berderu jatuh airmataku. Aku sendiri telah menghukumi kasih yang diberinya. Menghukumi diri aku dengan perkara yang lepas. 

Aku berlari turun..

Abang masih di sofa. Matanya nampak seperti memandang tv, tapi..pandangannya kosong..

Aku duduk disebelahnya. Gagal dikawal, aku menangis semahunya. Ku peluk dirinya erat. Dia kaget, lantas membalas pelukanku. Hangat.

“kenapa ni sayang?” soalnya. Nada yang cemas. Tapi, masih tenang.

“abang..maafkan ayang..ayang..ayang..”

“erk..ayang jumpe surat abang eh? Belum siap lagi tu..huu. Tak reti la nak tulis-tulis surat ni.”

“takpe. Hurm...abang maafkan ayang eh?”

“eh..dah lama maafkan. Bukan salah ayang pun. Abang ni. Cuai..”

“Cuai?”

“yela, patutnya abang makan sorok-sorok dengan dia, baru la ayang tak nampak..hehe” usiknya..

“uh. Abang ni..ish..”

“ayang panas ni, demam lagi ke? Makan ubat tak?”soalnya tiba-tiba.

“makan je. Tapi tak surut-surut nampaknya..”

“esok kita pergi hospital ek. Lain macam je demam ni. Jangan H1N1 sudah..”

“ish..nauzubillah. Mintak jauh..”

Akhirnya, terlerai sudah perang dingin antara kami. Malam itu, barulah lena tidurku.

****

“Akak sudah berapa lama demam ni?” soal doktor muda itu. Cantik. Macam si pengacara, Wardina wajahnya. Biliknya juga kemas. Ada gambar seorang lelaki di atas mejanya. Mungkin suaminya..

 “dah seminggu lebih jugak. Kena hujan agaknya..”

“selera makan macam mana?” sambungnya lagi. 

“kurang. Mungkin sebab baru ni gaduh-gaduh ngan cik abang..hehe” sengihku.

“tak baik gaduh-gaduh” senyumnya..”boleh akak panggil suami akak sekali? Saya terpaksa bagitahu sesuatu. Saya harap akak bersabar ye..” tegas saja nadanya. Borang analisis ujian ditelitinya.

Aku kaget. Mahu pengsan rasanya. 

Aku sakit apa-apa ke? Betul-betul H1N1 ke? Siapa nak jaga abang bila aku tiada.. 

Berputar ligat otakku. Aku panggil abang masuk. Pasti dia akan terkejut..kalu betul2 ada sakit yang kronik atau sebagainya..

“Sebenarnya, akak dah mengandung dah 1 bulan. Tahniah! Jaga makan elok-elok ye..jangan gaduh.” sengih doktor itu.Kuat mengusik juga. Sepertiku.

“Haa?!” hanya tu yang terkeluar. Abang pun sama. Aku tak henti-henti mengucapkan alhamdulillah dihati. Syukur yang amat!

“Alhamdulillah. Hehe..ayang nak bagi girl ke boy ni?” soal abang, saat berlalu ke parking lot. Dipimpinnya aku seakan ibu yang tengah sarat mengadung. Geli hati. Baru sebulan, tak nampak apa-apa pun lagi.

“entah. Abang nak yang mana?” sengihku. Malu.

“dua-dua, boleh?”

“hish abg ni, nak yang pelik-pelik pulak. Ayang nak yang normal ok”aku sengaja buat-buat tak faham.

“ehh..mksud abang, couple la. Satu girl, satu boy. Hehe”

“wallahua’alam. Allah je tahu rezeki kita macam mana bang.. Just wait and see”

“nak wait and see tu la yang tak sabar tu..hehe..thanks tau ayang”

“thanks to you too..”

Dua-dua tersenyum. Alhamdulillah....


- asrarulQalby

p/s: sila2 la komen. huhu..my first cerpen after a long while.

5 comments:

izaanirfan said...

wow! sweet.. mcm kenal je ayat tu.. mane aci masukkan kat cnie.. kite2 je bleh gune skill tu.. nnty dh xprivate laa.. adoii.. mesti rmai gune nnty.. huhu~~

Zaren said...

eh eh dy ni..memandai je. kite2 tu sape?? sy reka je cerita ni..sila jgn perasan itu anda ye :P

awk nak guna ngan isteri awk erk? xpe2... I allow. kui2..

basikalhijau said...

kagum2...
tulis sendiri ke? haha..

Zaren said...

ye laa...awat? mcm xbest ke...urm..urm...(buat muncung..hak3 :P)

Hamba Dhaif said...

ada bakat....teruskan berkarya

Post a Comment

 
;