Tuesday, October 26, 2010

a war within.

Hurmm...lately.. ntahla..

Ade sesuatu yg begitu kerap mendatangi fikiran dan jiwaku. Ia tidak mengganggu. Malah aku gembira dengannya. Namun, masih dapat aku rasakan... ada bahagian dari diri ini masih cuba menolak.
Hurmm...

Dilemma yang amat. Benar-benar terasa seperti ada perang dalam diri. Hingga kadang-kadang buat aku sesak.

Lemah. Inilah aku.

Sejak akhir-akhir ini... aku melihat, begitu indah mereka yang menjaga sunnah. Hidup atas jalan yang benar2 diredhai Allah.. Jalan yang haq.
Aku merasakan..bertudung labuh itu indah. Berpurdah itu indah. Yang menjaga itu indah. Yang berwajah tenang, senyum..itu indah.

Aku mahu jadi begitu..aku juga mahu jadi indah..

Seperti mutiara, sangat mahal..sangat terpelihara..
Macam bunga mawar, penuh duri yang menjaga..
Atau..kurang2nya.. bagai makanan yang ditutupi tudung saji. Bebas dari yg sewenangnya menghinggapi..

Tapi.. dunia seakan begitu kuat memegangku. Aku tak cukup daya melepaskan diri. Aku cuma seorang yang biasa.. aku mahu merasai hidup di dunia. Mengaut segala pengalaman. Aku memang dilahirkan begini, aku sukakan sesuatu yang baru. Kalau boleh, semuanya aku nak cuba..
Gila atau tidak gila.. legally atau tidak..semuanya.. selagi aku rasa tak salah, tak bawa kesusahan pada orang.

Tapi..hidup kan sementara? Aku taknak menyesal, bila nyawa sudah pun terputus dari jasad. Aku tidak mahu lama-lama dalam neraka. Kalau boleh, aku taknak pun masuk dalam neraka..tapi, bisakah?

Aku bukan nabi.. bukan sahabat..aku pasti buat salah. Pasti buat dosa..sedar atau tidak..
Erm..Bukankah.. di syurga nanti, aku akan dapat semua yang aku mahukan? SEMUA! Percayalah.. tak akan terasa lama pun hidup yang sementara ni. Pejam  celik, sudah tua. Itu pun, kalau sempat.

Tambah lagi, sekarang kan dah banyak petanda akan hampirnya Hari Akhirat? Isshh..sampai bila nak tangguh taubat? Jangan degil sangat.. jasad ni pun, bukan aku yang punya..
Ni Allah nak bagi bisikan-bisikan macam ni pun, dah kira sangat baik tahu? Allah sayang lagi pada aku.. meskipun brp banyak dosa dah aku buat. Meski dah berapa kali aku ulang balik salah silap lepas bertaubat..

Tak takut ke, kalau Allah biar je? Sampai suatu masa, tak terdetik lagi bisikan2 macam ni?

Tentulah aku tak nak...tapi...ughh...Ya Allah...kenapa la aku ni macam ni? Aku ni, dah masuk dalam golongan fasiq ke? Lagi teruk..munafiq..Nauzubillah.... Ya Allah, aku minta simpati...sebolah-bolehnya..jgnla sampai aku tergolong dalam golongan yang Engkau keji itu.. aku takut.. sejujurnya, aku memang pernah melakukan apa yg boleh meletakkan aq dalam golongan tu..

Ya Allah...maafkanlah.......

Ya Allah, perang ni sangat dasyat aku rasakan.. Ya Allah..berilah aku kekuatan....aku sungguh2 tak berdaya..

Aku tahu, Engkau selalu menjagaku.. meletakkan aku dalam kalangan sahabat2 yang inshaAllah, benar2 pada jalanMu. Mempertemukan aku dengan orang yang asing, dan rajin memberi nasihat kepadaku. Beri peringatan. (aku minta, jangan biar kami terbabas..tersasar dengan dorongan musuhMu..)
Tapi, aku masih lengah. Masih buat-buat tak nampak..

Dan sekarang, Engkau hadirkan bisikan2 seperti ini.. Sungguh, aku nampak betapa Engkau masih mengasihani aku.. aku sangat2 bersyukur..

Tapi, sekadar di hati? Apalah sangat.. apakah cukup sbgai tiket pelepas dari nerakaMu? aku tak mampu menzahirkan sepenuhnya kesyukuran itu. Masih mengulangi perkara2 yg Engkau murkai..

Ya Allah...rasa tak layak menerima tempias kasih sayangMu yang melimpah ruah itu. Sungguh hina..
Aku mengakui, dulu..sewaktu aku masih cenderung menyarung tudung labuh sebagai pilihan utama di sekolah.. aku rasa begitu terjaga. Aku rasa terbatas untuk berbuat apa-apa yang dirasakan tidak wajar untuk seorang perempuan Islam. Sungguh, secara automatik. Dan, saat yang paling aku merasa dekat denganMu..sewaktu bulan puasa di SBP dulu. Hinggakan kalau boleh, mahu duduk saja di surau. Asyik mengaji.. sampai tak terfikirkan benda lain. Kalau boleh, aku tak mahu berenggang dengan alQuran..

Sekarang........?

Ya Allah...kenapa aku jadi macam ni???

Degil, egois..
Mungkin hati ni dah terlalu kotor..penuh dengan daki2 dosa....
Sampaikan..nak terima kebaikan pun susah..
Sampaikan.. nak kembali pun, payah..

Ya Allah...aku pohon, jangan matikan aku dalam keadaan macam ni.. aku tak sedia berhadapan denganMu dalam keadaan diri aku yang begitu kotor ini..
Entahkan.. Engkau pun sudah muak denganku.. Selalu berjanji, tetapi kembali memungkiri..

(bukankah..itu salah satu ciri2 org munafiq..? )

Ya Allah.. aku sudah terlalu malu untuk meminta, tp..kepada siapa lagi yang aku bisa mengadu? Segala-galanya di dalam kekuasaanMu..

Ya Allah...berilah aku kekuatan... mohon titis2 air mata ini benar2 mampu melindungiku dari perit api nerakaMu..

Aku tidak sekali-kali  mempunyai cita-cita ke sana.. tp, seakan tidak layak bgku untuk menyentuh syurgaMu..
Ya Allah..aku benar2 takut.... kerana aku yakin akan wujudnya neraka itu..

Berilah aku kekuatan...Ya Allah, Sungguh aku tak mahu ke neraka!!


p/s: sbnrnya dah mcm2 yang ditulis untuk today’s post. Yang merepek, mengarut.. last2, ini je yang terpost. Dah byk kali mcm ni, sejak akhir2 ni. Tulis byk2..tp, xpost pun. Kdg2, delete je terus, masuk recycle bin. Lots of typing and backspace-ing.  Hurmm...ntah la.. xtaw dah nak cakap ape..

2 comments:

radhiahsyahida said...

mintalah pada Allah yen. Dia takkan jemu untukmu. inshaAllah.
percayalah, kalau dalam hati kita masih terdetik dgn penyesalan, ingin bertaubat, takutkan Allah.. dats mean Allah sedang melorongkan kita ke arah jln Nya.

kembalilah, biar perlahan asalkan sampai. andai meninggal dunia di perjalanan, inshaAllah pintu rahmat akan terbuka utkmu. ingt kisah pembunuh 100 org tu? :)

act, sy pun rs ap yg awk rasa. nobody perfect n sy pun hmpr tgelincir dlu kala. mujur rahmat Allah tu ada utk saya. bila dh kembali ke jln yg betul, nikmat tu rs sgt3.

yen, biar perang tu mlnda. seolah2 atr awak ada syaitan n mlaikat yg sedg tgk diri awk. tgh mnantikan jalan mana yg bakal awk pilih. pasti awk pilih jln kanan kan? :)

slm syg dr sahabatmu.

Zaren said...

takut...neraka..sakit..panas...huhu..

urm..nway, tengs =)

Post a Comment

 
;