Friday, July 9, 2010

back home

jauh..dan luas.. dan kosong..

(post semalam)

baru saja pulang dari Tasik Kenyir. Dalam jam 6 lebih saya tiba di rumah.. sedikit mengeluh..

...

pagi Khamis, saya sekeluarga bertolak ke Klinik Kesihatan Dungun. Peserta dikehendaki berkumpul disitu, dan kami bertolak ke Kenyir bersama-sama. Harapan saya untuk program ni, bukanlah sekadar memancing. Saya pun tiada joran untuk memancing. Saya berharap sedikit-sebanyak saya dapat meredakan perasaan saya yang sarat tekanan. Melihat alam.. ketenangan tasik, diam sang hutan.. mungkin akan banyak membantu. Saya benar-benar mahukan ketenangan. Mahu lari.. Untuk saya menghadapinya setakat ini, saya rasakan seperti sengaja menikam diri dengan pisau yang tajam.


lokasi kejadian

Semuanya berjalan lancar.. sampai saja di jeti, kami semua bertolak ke lokasi yang terletak berdekatan Taman Negara. Dua bot besar. Satu untuk peserta lelaki, dan satu untuk peserta perempuan.

dari jeti

tiada lagi daun bersama mereka

err..titanic?



indah si alam..

4 jam tempoh perjalanan ke sana. Lama. Saya sempat tidur.. setelah asyik melihat buih-buih putih ombak yang dihempas bot. Hanyut seketika. Lupa segala masalah. Tenang. Terawang..

tapi.. tenangnya tidaklah lama. Dan saya cuba ingatkan diri saya.. saya datang ke situ, untuk melupakan masalah saya. Saat itu jugalah... perkara itu datang menimpa-nimpa. Saya cuba lari lagi. Cuba sibukkan diri. Memancinglah kononnya. Ada bbrp joran, pak cik bot yang buatkan. Buat dari batang pelepah daun.

(bukan dapat pun ikan. Yang paling hampir pun..nampak la ikan tu duk makan umpan. Bila tarik, tak dapat pun. Abah cakap ikan kecil sangat. Mungkin sebab itu payah nak dapat)

Tapi, bila jala ditebar.. banyak juga yang lekat. Paling besar pun, setakat besar tapak tangan saja. Tp, Alhamdulillah..dpt juga. Ada peserta yang pergi naik fiberglass, sejenis bot laju yang kecil. mungkin mereka pergi kawasan lubuk ikan, so..byklah ikan yang mereka dapat. Antaranya ikan toman, lampam, haruan, kelah, ubi, belida.. sebarau..hm..ape lagi..

Paling besar, ikan toman. Sebesar lengan lelaki dewasa. Hitam legam ikannya. Kepala sahaja dah sebesar kepala Iju..huhu

Ikan Toman hitam

kami semua masak sendiri. Sudah tentu, peserta perempuan lah yang akan masakkan. Bila bosan menunggu ikan yang banyak, tapi tak tertangkap oleh joran, ada yang pasang CD. Fuh.. atas bot pun ada CD player, ada speaker besar lagi. Botnya buruk je...hehe

Malam itu, saya tidur awal. 10.30 dah syahid. Or..at least cuba untuk syahid (tidur). Sangat mengantuk, tapi suasana dingin yg mencengkam salur-salur darah di kaki membantutkan usaha untuk tidur. Pusing sana, pusing sini. Selimut tak ada. Cuma, sehelai tuala yang lembap. Sekejap-sekajap terjaga. Alih-alih..dan pukul 6 lebih. Bangun je la..

Sempat la menjala beberapa kali pagi Jumaat tu. Bukan saya. Pak cik bot tu.

Then kami bertolak ke Gua Bewah. Kononnya, tempat pertama manusia mula tinggal. Tak ada apa lagi peninggalan disitu. Mungkin telah diambil dan diletakkan di muzium. Hanya ada bekas-bekas kajian dan arkeologi.

Overall..tempatnya cantik. Tasik kenyir cantik. Cantik sebab jauh dari manusia..

Saat on the way balik ke jeti tadi, saya rasa berat. Terdetik juga dalam hati. Mahu saja terjun dalam tasik itu..berenang ke hutan. Bina hidup baru. Jauh dari dunia zaman kini yang banyak membawa pengaruh buruk. Saya benar-benar mahu berseorangan.

Setelah jauh berangan, saya tersedar. Itu bukanlah apa yang betul-betul saya akan lakukan. Tak dapat tidak..saya mesti hadapi..

Terdetik lagi..

ya Allah.. salahkah permintaan aku itu? Salahkah aku menginginkan kebaikan untuk hidupku? dan..salahkah aku untuk terus komited pada harapan aku itu? Jika benar apa yang aku telah ku ketahui sekarang ini.. aku minta.. hilangkanlah saja ia dari ingatanku. Untuk aku melupakan ia.. bagiku..benar-benar mustahil. Bagaikan sebati dalam darah ku.. seluruh pelusuk nyawaku.. Hilangkanlah.. keseluruhannya dengan kekuasaanMu.. aku benar telah tiada upaya..

Ya..itu yang terdetik. Salahkah terdetik begitu? Saya sungguh lemah dalam hal ini.. Tak daya untuk saya ikhtiarkan sendiri.

Mujurlah ada teman yang sudi menemani. Menghibur di kala sayu menyelimuti diri. Nasihat tak pernah kering. Biarpun ayat-ayat yang sama diulangi.

Itu yang benar saya perlu. Teman yang tegar menarik saya dari jurang duka yang berpanjangan.

sayonara Kenyir.. thanks for relieving me a bit..

0 comments:

Post a Comment

 
;